Bismillahirrahmanirrahim..
Tiba-tiba
hati ini terdetik untuk menyentuh isu yang sentiasa hangat diperkatakan ini. Ada
sebab saya sentuh bab ini. Bukan kerana saya yang mahu menjejaki fasa BM dalam
masa terdekat ini tetapi kerana warna warni episode dalam menuju kehidupan BM
ini.
Baitul
Muslim(BM) ini adalah institusi kekeluargaan Islam yang menjalani kehidupan kekeluargaan
dalam suasana Islam. Jadi, sah lah bahawa Islam ini cara hidup. Bukan sekadar
pembawaan nama agama.
Secara
terus terang, saya bukannya seorang yang berpengalaman kerana secara faktanya
saya belum mendirikan rumah tangga. Tetapi secara langsungnya, saya tergerak
untuk menulis pada blog ini apabila saya menonton episode dunia kekeluargaan
yang berada di depan mata saya.
Ok lah.
Pertanyaan saya, apakah tujuan kita mendirikan rumah tangga?
Ada yang
kata :
“Dapatkan
pasangan hidup lah”
“Dapat anak
ramai dan meluaskan empayar kekeluargaan” gaya ayat
macam apa je. Haha
“Untuk
mengasihi dan dikasihi”
“Untuk
mencapai sakinah, mawaddah warahmah”
“Kahwin kan
sunnah”
“Kahwin kan
boleh mengelakkan zina. Hubungan yang halal untuk menghubungkan manusia”
Dan
macam-macam lagi versi jawapan. Apa kata anda? Fikir-fikirkanlah..
Secara
logiknya lah, andai anda memberi respon yang biasa-biasa seperti mencari
pasangan hidup, hanya sekadar itukah? Selepas itu, apa perjalanan hidup yang
anda rancang? Matlamat anda untuk mendapat pasangan hidup dah settle. Jadi
apakah tindakan seterusnya? Menunggu untuk mati bersama pasangan?
Yang mahu
meluaskan empayar kekeluargaan, tak salah. Memang itu adalah salah satu system
kekeluargaan. Tapi zuriat yang macam mana yang kita mahukan. Sudah tentulah
zuriat yang baik. Tak begitu?
Yang kata
kahwin itu sunnah, itu memang benar. Namun mengapakah sunnah kahwin sahaja yang
hebat diperkatakan?
Semua
jawapan yang diberi tidak salah. Namun bagaimana pembawakan kita akan hal
tersebut.
Mungkin lah
sebahagian daripada kita melihat alam perkahwinan sesuatu yang indah. Tapi
benarkah ia akan menjadi indah apabila kita yang berada di dalamnya? Yang itu
saya tak dapat jawab kerana saya belum berpengalaman. Namun, sekiranya Allah
mahu menguji, walaupun sebaik mana anda pun, Allah tetap uji.
Tetiba saya
terfikir, hampir kebanyakan insan memasang niat untuk berkahwin. Tetapi sekadar
berkahwin sahaja. Setelah tercapai matlamat mereka untuk berkahwin, namun tiada
apa susulan setelah itu. Berkahwin atas nama berkahwin, jadi trend atau ikut
sunnah. Namun pada hakikatnya, sejauh mana anda merasa bertanggungjawab keatas
perkahwinan tersebut. Dan sejauh mana anda mencari keredhaan atas perhubungan
tersebut. Dan sejauh mana anda mempertahankan dan bertoleransi terhadap
perkahwinan tersebut?
p/s: Saya sedang membebel dengan diri sendiri. Moga
lebih celik minda akan situasi-situasi mendatang.
No comments:
Post a Comment