Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Friday 24 October 2014

Cerita Musafir #1 (Planning awal)

Bismillah..

Alhamdulillah ala kullii hal..

Tanpa disedari, planning backpacker berjaya juga dilaksanakan. Sebenarnya tak ingat macam mana boleh start timbul idea ni.
Lagipun, aktiviti backpacker ni memang one of my wishlist. Wishlist nak berjalan jauh sebab nak tengok budaya dan kebesaran Allah di tempat lain. Sebab lain adalah, belajar dari pengalaman. Sebelum ni, dengar cerita orang je. So, tak rasa pengalaman itu. So, feel dia lain bila dah rasa pengalaman sendiri.

Cadangan ini wujud pada seminggu sebelum hari kejadian rasanya. Mula-mula tak ambil serius. Sebab mungkin hanya bualan dan anganan kosong. Tapi, disebabkan masing-masing mempunyai keinginan yang tinggi, jadi planning itu terus berjaya terlaksana. Alhamdulillah.

Asalnya, planning berdua je. Namun, kami cuba mencari orang lain lagi untuk memeriahkan lagi pengembaraan kami. Jadi, kami tiga pengembara berjaya mencipta memori di Penang pada 22 Oktober yang lalu. Kami bercadang untuk berjalan sehari sahaja walaupun terdapat rakan-rakan yang lain mencadangkan buat 3hari 2malam. Sebenarnya pengembaraan backpackers kali ini adalah salah satu misi bajet. Jadi, kami rasa sehari pun cukup untuk mencipta precious moment kat sana.

Syukur kehadrat Illahi, Allah juga mempermudahkan urusan kami serta menyelitkan sedikit cabaran bagi mewarnai perjalanan kami.

Sebelum bermulanya kisah pengembaraan kami, kami buat sedikit survey tempat mana yang ingin dilawati. Kami juga survey harga, tempat makan, pengangkutan dan masa perjalanan agar kami dapat memanfaatkan keberadaan kami sepenuhnya sewaktu di sana.

Alhamdulillah. persediaan awal dan sedikit survey ini sedikit sebanyak membantu melancarkan aktiviti perjalanan kami.

Ibrah: Persediaan awal, survey awal.

Gambar hiasan





Intro Musafir

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada benda yang nak dicerita.
Cerita sebuah perjalanan.
Cerita sebuah pengalaman.
Cerita tentang pengajaran dan hikmah.

Satu hari ditempat orang,
Cukup untuk mengumpul 1001 cerita, kenangan, pengalaman dan pengajaran tentang kehidupan.
Hanya orang yang berfikir yang akan menemui hikmah.

InsyaAllah kalau ada kesempatan, mahu juga aku kongsikannya.


Monday 13 October 2014

Hikmah

Bismillah.

Allahurabb..
Terlampau banyak hikmah dugaanMu.

Sungguh. Sesuatu yang aku tak suka, itulah yang memberi hikmah dalam kehidupanku. Dan nikmat itu telah datang berbondong-bondong kepadaku..

'Maka, nikmat mana yang engkau dustakan?'

Alternatif

Bismillah..

Mungkin sahaja aku pernah ambil jalan yang ini..
Tapi, aku masih tak menuju ke arah matlamatku. Seperti musafir yang rabun malam. Tak jelas di jalanan.

Lalu, aku memilih jalan alternatif yang lain..

Alhamdulillah.. ia memenuhi keperluan jiwaku.. Seperti seorang yang rabun mendapat kacamata. Dan sepanjang perjalanan itu telah didorong oleh persekitaran, aura-aura tertentu dan semangat yang menyokong dari belakang. Dan yang pasti, aura yang paling kuat menyokong dari belakang adalah disebabkan mardhatillah..

Menuju ke arah matlamat itu. Tujuan yang sama, namun wasilah berbeza..

Mungkin cara itu dan cara ini berbeza, kerana manusia itu tak sama. Ragamnya, keperluan jiwanya. Bahkan kegemaran juga berbeza.
Kerana memang manusia memang diciptakan pelbagai. Oleh sebab itu, wujudnya pelbagai wasilah demi matlamat yang sama.
Iaitu, memakmurkan bumi.

Alhamdulillah.. jalan yang sekarang ku lalui telah membawaku sehingga ke hari ini.

Perjalanan yang masih panjang.. Moga kita tetap dijalanan ini.

Friday 10 October 2014

Monolog #6

Alhamdulillah ala kulli hal.
Harini hari Jumaat.
InsyaAllah nanti ada reuniondate dan bulatangembiradate.
Wah. Osem.
Tak sabar nak jumpa semua.
Ukhwah kerana Allah.
Eheh! gambar hiasan. sebab pagi jumaat sarapan dengan nota, susu dan biskut.