Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Tuesday 24 July 2012

Dari mana asal-usul nya?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



hari ini cik single nak bincang mengenai asal-usul kita.

saya berasal dari banting, selangor~ #eh perlu ke?kita bukan nak bincang asal dari negeri mana. *sigh

kita semua manusia berasal dari tempat yang sama. kampung halaman yang sama dan destinasi yang hendak dituju pun sama.

tak faham?

kita berasal dari Allah. dan kita jua akan kembali kepada Allah.

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]

bak kata pepatah melayu pula bagai sirih pulang ke gagang
jadi jika kita hadir di dunia ini dalam keadaan baik, jadi tidak inginkah kita kembali dalam keadaan yang baik juga?

dan kampung halaman kita adalah syurga. tidak teringinkah kita kembali ke syurga? mengapa kampung kita di syurga? kerana manusia pertama yang dicipta adalah Adam alaihi salam. dan mereka pada asalnya telah menetap di syurga sebelum diturunkan ke bumi.
YEAY!! *sorak ombak*

tapi.. layakkah kita kembali ke kampung halaman kita? sedangkan kita tidak melalui jalan yang betul untuk balik..

. . . . . . *speechless*

ohoi~ rilek.. rilek.. selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini, kita masih ada peluang untuk kembali melalui jalan yang betul. memang jalan ni bercabang-cabang. banyak jalan untuk kita menuju ke destinasi itu. kita belok kanan, belok kiri, kadangkala, kita masih boleh menuju ke destinasi.


"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus." (Al-Fatihah: 6)

 yang pasti kita hanyalah manusia yang dicipta daripada tanah. dan tanahlah kepada kita akan kembali. usah dibangga dengan dunia. usah dihina mereka yang lain. kerana semua manusia sama. berasal dari tanah. tanahlah tempat kita berPIJAK. 

*NoteToSelf*

wallahualam..

maassalamah

uhibbukfillah

p/s: kita juga insan yang berjaya. kerana dalam berjuta-juta sperm, kita lah yang berjaya sampai ke ovum mak kite. INGAT! kita asalnya hanya sperm! SPERM! SPERM! haha.. #OhMan!

Tuesday 10 July 2012

Ramadhan bakal bertandang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Apa khabaq semua? lama dah tak update blog ni..  *sambil tiup sawang2 di blog ni*

Alhamdulillah.. hari ini Allah memberi peluang dan ilham serta membuka hati cik single menghapdet blog ni.

hati ini tetibe melonjak-lonjak keriangan pulak nak menyambut Ramadhan yang bakal kunjung tiba dalam 10 hari lagi. mane tak nye tadi baca Al-Quran terjumpa ayat pasal puasa dan dekat playlist, keluar lagu puasa jugak. tu yang berbunga-bunga hati ni. bak kata pujangga 'dalam hati ada taman'. #eh

Ramadhan adalah bulan yang ke 9 menurut kalendar hijrah. dan kita diwajibkan untuk berpuasa pada bulan barakah ini. Ia telah dinyatakan dalam Rukun Islam yang ketiga.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertakwa" (Al-Baqarah: 183)

Puasa bererti menahan diri. kita perlu menahan diri daripada makan, minum dan perkara2 yang membatalkan puasa pada siang hari disertakan dengan niat di malam hari.

Ramadhan pula bererti panas terik.
menurut cerita yang saya dengari, buah kurma hanya berbuah pada musim panas dan musim itu adalah pada bulan Ramadhan. nampak tak relationship dia tu?
sebab tu lah Yusof Taiyob muncul pada waktu Ramdhan. hehe.

Kalau nak diikutkan, sungguh banyak cerita yang cik single nak habaq pasal Bulan Ramadhan ni. cik single tahu anda sekalian dah tahu banyak pasal Ramdhan kan? setiap tahun ada lalui bulan Ramadhan kan? So, i just tell you all sampai sini je okei. esok lusa kalau cik single rajin, cik single hapdet lagi. *nampak beno malasnye kan* hehe. oppzz sorry.

sebelum tu, cik single nak mendendangkan lagu buat semua. Puasa dulu baru raya okei! jangan duk sibuk2 nak raya. selamat melayan lagu ini~



jadi di sini cik single mengucapkan Salam Ramdhan Al-mubarak. Semoga bulan ini kita sama-sama memanfaatkannya bersama. Selamat beramal.

eh, dah ade anak bulan ramadhan.


AHLAN WASAHLAN O RAMADHAN!

wallahualam..

maassalamah

uhibbukfillah :D


p/s: jangan puasa yang yuk eh. 'yang yuk= siang2 bukak periuk.'