Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Tuesday 24 July 2012

Dari mana asal-usul nya?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



hari ini cik single nak bincang mengenai asal-usul kita.

saya berasal dari banting, selangor~ #eh perlu ke?kita bukan nak bincang asal dari negeri mana. *sigh

kita semua manusia berasal dari tempat yang sama. kampung halaman yang sama dan destinasi yang hendak dituju pun sama.

tak faham?

kita berasal dari Allah. dan kita jua akan kembali kepada Allah.

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]

bak kata pepatah melayu pula bagai sirih pulang ke gagang
jadi jika kita hadir di dunia ini dalam keadaan baik, jadi tidak inginkah kita kembali dalam keadaan yang baik juga?

dan kampung halaman kita adalah syurga. tidak teringinkah kita kembali ke syurga? mengapa kampung kita di syurga? kerana manusia pertama yang dicipta adalah Adam alaihi salam. dan mereka pada asalnya telah menetap di syurga sebelum diturunkan ke bumi.
YEAY!! *sorak ombak*

tapi.. layakkah kita kembali ke kampung halaman kita? sedangkan kita tidak melalui jalan yang betul untuk balik..

. . . . . . *speechless*

ohoi~ rilek.. rilek.. selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini, kita masih ada peluang untuk kembali melalui jalan yang betul. memang jalan ni bercabang-cabang. banyak jalan untuk kita menuju ke destinasi itu. kita belok kanan, belok kiri, kadangkala, kita masih boleh menuju ke destinasi.


"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus." (Al-Fatihah: 6)

 yang pasti kita hanyalah manusia yang dicipta daripada tanah. dan tanahlah kepada kita akan kembali. usah dibangga dengan dunia. usah dihina mereka yang lain. kerana semua manusia sama. berasal dari tanah. tanahlah tempat kita berPIJAK. 

*NoteToSelf*

wallahualam..

maassalamah

uhibbukfillah

p/s: kita juga insan yang berjaya. kerana dalam berjuta-juta sperm, kita lah yang berjaya sampai ke ovum mak kite. INGAT! kita asalnya hanya sperm! SPERM! SPERM! haha.. #OhMan!

No comments:

Post a Comment