Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Tuesday 30 September 2014

Tiada alasan

Terasa suka untuk menulis di blog berbanding di medium sosial yg lain.
Tu yang banyak update je kat blog dua tiga menjak ni. hihi. *peace yow.*
******iklan sampingan******
Bismillah.
Aku terfikir.
Syukur nikmat.
Alhamdulillah. nikmat yang tak diduga. Dapat motosikal sendiri. Tapi abah yang bayarkan. Walaupun 2nd hand. eheks.
Tak kisah semua tu.
Cuma aku selalu terfikir.
Motif sangat parents aku nak belikan motosikal ni.
Aku macam biasa. Masih dengan sangka-sangkaan ku.
Supaya aku tiada alasan untuk tidak balik ke rumah sekiranya mak atau abah suruh balik.
Maklumlah rumah dekat lah juga.
Dan aku, mestilah suka dapat balik rumah. Cuma biasalah. Kadang2 kita ada join program. Tu yang kadang2 macam tak dapat melunaskan hasrat depa.
Dan dari pihak aku, mestilah tiada alasan untuk tidak berjimba. eh?
Ahhh. daripada mencipta alasan, lebih baik mencipta solusi. :)

Sweet escape

Pertemuan tadi seumpama 'magis'. Terasa lesu sebelum pertemuan. Terasa segar setelah bertemu. Pertemuan dua jam kurasa begitu singkat. Ingin ku lanjutkan, tapi apakan daya. Masa ini, bukan milikku sepenuhnya. Ia juga adalah milik untuk perkara2 bermanfaat yg lain.

Dapatkah aku memperolehi momentum seperti itu lagi?

Hai semangat, kalau kau tetap bersemangat seperti tadi setiap masa, alangkah bagusnya.
Err. tapi macam tak terbayang je. :3

Isytihar perang

Bismillah
Mujahadah paling besar bagi saya adalah mujahadah pada diri sendiri.
Mujahadah dari karat2 jahiliyah..
Mujahadah untuk development diri..
Mujahadah dari dugaan dan segala rintangan hidup.
Sakit, jatuh, getir perih kita, kita sendiri yang rasa.
Demam, batuk selsema, muntah, masalah fyp, itu bahagian kita sendiri.
Bahagian orang lain mungkin cerai, kemalangan atau sebagainya. nauzubillah min zalik.
Tak guna dibiarkan kemalasan berpanjangan. Tak guna dibiarkan kesakitan berpanjangan. Survive. Lawan seboleh mungkin.
Dan kalau bukan mungkin kurnia Allah serta rahmatNya, mana mungkin kita memiliki nikmat2 Nya.
Jadi, sila perangi diri anda

Thursday 25 September 2014

Musafir Dunia

Bismillahirrahmanirrahim..

 

"Allah Menciptakan mati dan hidup, untuk Menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun." [67:2]

Kita ibarat musafir yang berjalan dibumi ini. Amalan-amalan kita akan dihitung sepanjang pemusafiran kita di dunia. Segala amalan inilah yang akan dibawa sebagai bekalan ke destinasi terakhir kita.

Ya, kita hidup ini untuk mati. Sebab memang syarat untuk mati adalah bernyawa. Tapi, apakah amalan atau perlakuan kita sepanjang kehidupan kita?




Tuesday 23 September 2014

Monolog #5

Benda yang selalu aku cuba untuk bermujahadah:
Menyembunyikan kesedihan atau kekecewaan sendiri daripada khalayak umum. Tapi aku tak berjaya. Aku tak pandai menyembunyikan ekspresi muka kesedihan aku.
Aku cuba gelak. Kawan aku menyangkal gelak tawaku. Dia kata aku punya gelak lain macam. Nampaklah macam stress.
Aku ajar diri untuk positif.
Cuba mengeluarkan kata2 yang positif.
Semua dengan izin Allah. Belas ihsan dariNya sangat ku harap untuk menjaga aib dan peribadi diri.

Monolog #4

Hari yang kurang menggembirakan..
Pagi2 perut meragam gara-gara makanan yang aifaa bawa. Eh, bukan salah makanan. Tapi salah si pemakan. Dah tahu perut bukan jenis tahan 'lasak' main bedal semua pasaipa.
pasal fyp juga.
Sesungguhnya saya sedang diuji untuk ditingkatkan tahap kesabaran dan kekuatan diri. Kata nak jadi kental. Kena lah tahan maki, tahan segala bagai lah. Kita harung je semua.
Harap dipermudahkan. Mohon doa dari kalian juga

Monday 22 September 2014

Monolog #3

Because i dream to have that:



Before this, i heard a story from my roommate about her parent like a girl that they met during umrah and 'berkenan' with that girl. They 'berkenan' if that girl can be their daughter-in-law. So,  I hope the same thing. Actually I dont really want any uncles or aunties berkenan with me to become their daughter-in-law. But, I hope my appearance will comfort them. So, I need to tackle their heart first right?

Orang kata Qudwah hasanah. Let fighting for that!

Sunday 21 September 2014

Monolog #2

Because I love this:




Alhamduillah. I'm happy girl. Cause Allah gives me everything.  I can explore His world. I can walk, climb and run. Thanks Allah. I'm nothing without You. Because You are my everything.

Tujuan

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Adakah kita pinta untuk hidup didunia?
Adakah kita buat permohonan dan isi borang untuk hidup didunia?

Jika tidak jawapannya, maka kehidupan ini sebenarnya bukan milik anda. Hak hakiki milik Sang Pencipta manusia. Jadi, tunaikanlah hak-hak sebagai hamba Sang Pencipta.

Apakah ia?

  • "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
(2:30)

  • “Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”
(51:56)

Monolog #1

Bismillahirrahmanirrahim

 

Orang kata..
Tarbiyah itu menggemukkan.

Tapi, aku kata..
Gemuk tu tak elok.

Jadi, macam mana nak elakkan daripada gemuk tu?

Makanya, sharing is caring.
Kalau kita simpan sorang, tamak, taknak kongsi, memang lah gemuk.

Banyakkan berkongsi. Itulah kitaran tarbiyah yang sebaiknya.

#NoteToSelf

Moga Allah redha.

Monday 8 September 2014

Kenapa menulis blog?

Bismillah..

Alhamdulillah. Harini officially final year student di UPM. Saya tahu, banyak dugaannya berada di tahun akhir. Jadi saya cuma berharap pada belas ihsan Allah agar dipermudahkan. Doakan saya juga untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Terasa lelah juga sebab projek tahun akhir. Rasa tak bersemangat sebab eksperimen tak membuahkan hasil. Tapi saya perlu akur itu dugaan dan cubaan untuk meningkatkan ilmu dan akhlak kita insyaAllah.

Berbalik kepada tajuk utama, saya menulis blog bukannya sebab suka sangat pun. I am not a writer .
Tapi, saya menulis untuk :

  •  Bahasa

memantapkan Bahasa Malaysia. Almaklumlah.. belajar BM setakat SPM je. Itupun dapat A neutral. Malu dengan orang Cina yang dapat A+. Kat UPM pun belajar dalam Bahasa Inggeris. Tapi takdelah nak kata I ni pandai speaking. speaking pun kelaut.

Orang kata bahasa melambangkan jati diri kita. Makanya untuk memantapkan skill bahasa anda, hendaklah banyakkan membaca. Hmmm.. Membaca adalah salah satu kelemahan saya. Tapi takpe, boleh diusahakan ke arah pembacaan yang lebih baik. Jadi, saya ambil inisiatif menulis sebagai 'cover' membaca. Hohoho. Boleh ke macam tu? Ada usaha kan. Berharap agar dipermudahkan. Lagipun dengan bahasa lah kita dapat menyentuh hati manusia. Errr. ekceli, Allah yang menyentuh hati manusia. Tapi kita sebagai perantaraan.

Ada pernah terbacar 'header' artikel yang menyatakan yang orang Melayu Malaysia tidak pandai berbahasa. Ada rasionalnya tajuk tu. Sebab kita nak kata sepenuhnya cakap BM pun tidak juga. kebanyakannya bahasa rojak, bahasa urban, manglish dan sebagainya. Bukan nak kata salah. Tapi ia melunturkan bahasa itu sendiri. Haih, nak kata kita bagus dalam bahasa lain pun tak juga. :(

Takpe, kita belajar sikit2 ye. Mari perbanyakkan tabung perkataan/vocab.

  • Inspirasi
Sebenarnya, saya tak tahu sebanyak mana saya telah memberi inspirasi kepada manusia lain. Dan saya juga tak tahu sejauh mana orang yang membaca terasa terinspirasi. Eh? entah2 takde pun orang yang membaca pun.
Terasa nak menginspirasi orang. Jadi kenalah be strong dan positif kan?


Moga dipermudahkan dan diredhai Allah atas segala usaha2 kecil kita.


Step by step. Biarpun langkah kita kecil, tapi consistant, ia boleh membuahkan impak yang besar. iA.

Jom layan video ini. Small action, big different. :)