Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Tuesday 18 February 2014

Dunia masa kini yang hebat



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Allahumma solli ala Muhammad. La ilaha illallah. Allahu akhbar!

Dunia masa kini sangat hebat cabarannya. Do you know why? 

Sebab kita terlalu banyak komitmen.
Komitmen terhadap akaun facebook(fb), twitter, instagram, blog (macam ni) dan lain2 media social lagi. Sibuk-sibuk je nak update akaun2 ni semua kan? Orang dulu-dulu mana nak fikir pasal update status kan? Takpelah, kita ikut arus perdana. Dari sini, kita boleh buat some good deed. Update benda baik dan positif.
Tahu tak segala perucapan kita, status kita menjadi tanggungjawab kita. Tak kisah baik atau buruk. Mungkin yang buruk tu boleh dijadikan pengajaran. If they take for a lesson lah. Apa2 pun based on niat kita.

Selain itu, marcapada ini, tuntutan ilmu juga menjadi salah satu factor hebatnya cabaran kita. Yalah, kita perlukan ilmu untuk menegakkan syiar Islam. insyaAllah. Dengan sibuk nak kena buat assignment, baca buku ilmiah dan seumpamanya.
Plus, dengan sibuk kerjayanya lagi, masa with family, kawan, social/masyarakat.. Semua tu kita nak buat kan?

Nak tambah lagi ni, demi nak memahami bahasa perlakuan masyarakat sekarang, watching movie pun menjadi to-do-list harian. Tak kisah lah k-drama, j-drama, Bollywood, Hollywood, Malay movie and what so ever. Kita boleh je ambil pengajaran daripada kisah2 tu kan? Asalkan tak hanyut.
Fuh~ hebat-hebat belaka orang kita sekarang. Semua benda nak buat.
Tu belum lagi any others to-do-list macam nak travel around the world, hiking the highest mountain, become a great leader or athelete and etc.

Selain tu, banyak lagi serangan-serangan dunia harini yang kita perlu pertahankan macam serangan hiburan, smoking, gejala social, arak dan budaya-budaya di luar tabi’i yang diharamkan oleh Islam.

Jika anda salah seorang daripada golongan yang mampu menepis serangan-serangan ni, tahniah! Anda di antara orang yang hebat. Teruskan mujahadah bagi menghalang perkara tersebut menular.
Perkara-perkara tersebut menjadi cabaran-cabaran yang hebat bagi kita bagi untuk teruskan mujahadah. Moga kita terus tsabat(teguh) di jalan yang diredhai-Nya.

With love,
A single step

p/s: tulisan ini ditulis dengan penuh rasa kasih dan cinta kepada diri sendiri dan kepada semua yang mahu mengambil iktibar. Mari sebarkan cinta.

Saturday 15 February 2014

Maulid Rasulullah S.A.W



 Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala alihi Muhammad

Mari kita berselawat keatas Rasulullah S.A.W junjungan kekasih Allah.

Sedikit rentetan peristiwa menarik ketika kelahiran kekasih Allah ini:


  1.  Keadaan Makkah dan sekelilingnya menjadi damai dan menenangkan jiwa. Seolah2 alam turut menyambut kelahiran insan istimewa ini.
  2. Memadamkan api2 keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak pernah terpadam semenjak ia dihidupkan(di Negeri Parsi).
  3.  Menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh.


(Sumber Biografi Agung RASULULLAH Sallallahu Alayhi Wasallam oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari,2012)

Selain itu, kelahiran Rasulullah S.A.W juga disambut gembira oleh kaum Bani Hashim. Bukan itu sahaja, malah, bapa saudaranya, Abu Jahal juga antara manusia yang paling gembira akan kelahiran Rasulullah.

Apa yang ingin dijadikan isu adalah, Abu Jahal, ketika Rasulullah S.A.W dilantik menjadi rasul, dialah yang paling kuat menentang Rasulullah S.A.W padahal bukankah dia antara orang yang paling gembira akan kelahiran baginda?

Tidakkah anda melihat?

Maknanya, kelahiran atau Mawlid nabi ini sekadar diraikan pada 12 Rabiul awal sahajakah? Sepertimana gembiranya Abu Jahal menyambut kelahiran Rasulullah S.A.W. Kita mahu menjadi seperti Abu Jahal kah? Hanya memperingati kekasih Allah Cuma hanya pada tanggal 12 Rabiul awal.

Mungkin saya agak terlambat mengupas isu ini memandangkan bulan Rabiul awal sudah berlalu pergi. Tetapi tidak bermaksud entri ini hanya boleh tercipta pada bulan Rabiul awal right?
Jadi, mengapa kita tidak meraikan dan mengamalkan sunnah2nya dalam kehidupan seharian kita? Kita hidupkan suasana Rasulullah dalam kehidupan kita.

Subhanallah, apabila kita mengamalkan ajaran baginda, sungguh darjat baginda akan semakin tinggi. Ilmu yang disampaikan akan sentiasa mengalir selagi mana kita mengamalkan. Sungguh, betapa hebatnya kuasa Allah terhadap kekasih-Nya.


Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad.

p/s: Sebenarnya saya menulis untuk berleter kepada diri sendiri. Kalau nak join sekaki boleh lah.

Masin



Assalamualaikum..

Apa benda yang masin ni?

Haha..  It just a short nonsense story..

One day, saya follow my mak pergi jadi penanggah kat kenduri kampong sebelah. Actually, saya ni nak cuba membina hubungan dengan orang memandangkan my dominant personality sangat susah nak bercakap dengan orang. So, I push myself to do that walaupun cuma makcik-makcik je. Never mind. Cuba bergaul dengan orang tua, nanti senang nak tambat hati mak mertua? Eheh.. Ataupun tambat hati makcik-makcik tu untuk jadi menantu depa.. *mengarut. Hoho.. Then, nak dijadikan cerita, saya makan lauk kenduri kat situ lah kan.  Rasa masin!! Yang peliknye, saya je yang rasa lauk tu masin. Depa buat rilek ja.. Pastu ada makcik tu pun cakap, “kalau rasa masin, tak lama lagi la nampaknya nak buat kenduri macam ni”. Saya senyum-senyum kambing. *Alahai menyampah pulak. Dengan pantasnya mak membidas “Biasanya kalau masak sendiri dan makan sendiri rasa masin lah”. Ok, mak menghancurkan anganku.

That is the first scene yang menggambarkan how I get know asal-usul pasal masin tu.

Ada satu hari ni, masak telur dadar je pun. Tetiba rasa masin. Aih, teringat kata orang-orang tua waktu kenduri haritu. *Flashback kejap. –Sila rujuk scene first.

Keesokan harinya, bila masak sup, beriye masukkan garam sikit-sikit biar tak rasa masin. Betapa berhati-hatinya saya ni untuk mengelakkan kerasaan kemasinan terhadap makanan air tanganku. Punyalah tawar hebeh . Penat tawar menawar, akhirnya saya Berjaya mengelakkan kemasinan tersebut terjadi. Yeay! I did it! Perfect!

Disebalik kisah tersebut, actually I just wanna to tell that I not ready yet for BM. That’s why saya begitu beriye nak mengelakkan benda tu. But, if will happen so, I just obey the sunnatullah right?
Masam manis masin dan pedas perkara biasa dalam makanan. Begitu juga kehidupan ini.  

Tip: Garam antara pengikat kasih melalui makanan. Tanpa garam, hilang seri makanan. Tawar. Kan? Kan?

P/s: sorry i thought I just wanna to write a very short entry. But I didn’t. Haha. Sorry for this annoying entry and unproper language.

Bait Al-Muslim



 Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba hati ini terdetik untuk menyentuh isu yang sentiasa hangat diperkatakan ini. Ada sebab saya sentuh bab ini. Bukan kerana saya yang mahu menjejaki fasa BM dalam masa terdekat ini tetapi kerana warna warni episode dalam menuju kehidupan BM ini.
Baitul Muslim(BM) ini adalah institusi kekeluargaan Islam yang menjalani kehidupan kekeluargaan dalam suasana Islam. Jadi, sah lah bahawa Islam ini cara hidup. Bukan sekadar pembawaan nama agama. 

Secara terus terang, saya bukannya seorang yang berpengalaman kerana secara faktanya saya belum mendirikan rumah tangga. Tetapi secara langsungnya, saya tergerak untuk menulis pada blog ini apabila saya menonton episode dunia kekeluargaan yang berada di depan mata saya.
Ok lah. Pertanyaan saya, apakah tujuan kita mendirikan rumah tangga?
Ada yang kata :

“Dapatkan pasangan hidup lah”

“Dapat anak ramai dan meluaskan empayar kekeluargaan” gaya ayat macam apa je. Haha

“Untuk mengasihi dan dikasihi”

“Untuk mencapai sakinah, mawaddah warahmah”

“Kahwin kan sunnah”

 “Kahwin kan boleh mengelakkan zina. Hubungan yang halal untuk menghubungkan manusia”

Dan macam-macam lagi versi jawapan. Apa kata anda? Fikir-fikirkanlah..
Secara logiknya lah, andai anda memberi respon yang biasa-biasa seperti mencari pasangan hidup, hanya sekadar itukah? Selepas itu, apa perjalanan hidup yang anda rancang? Matlamat anda untuk mendapat pasangan hidup dah settle. Jadi apakah tindakan seterusnya? Menunggu untuk mati bersama pasangan?

Yang mahu meluaskan empayar kekeluargaan, tak salah. Memang itu adalah salah satu system kekeluargaan. Tapi zuriat yang macam mana yang kita mahukan. Sudah tentulah zuriat yang baik. Tak begitu?

Yang kata kahwin itu sunnah, itu memang benar. Namun mengapakah sunnah kahwin sahaja yang hebat diperkatakan?

Semua jawapan yang diberi tidak salah. Namun bagaimana pembawakan kita akan hal tersebut.
Mungkin lah sebahagian daripada kita melihat alam perkahwinan sesuatu yang indah. Tapi benarkah ia akan menjadi indah apabila kita yang berada di dalamnya? Yang itu saya tak dapat jawab kerana saya belum berpengalaman. Namun, sekiranya Allah mahu menguji, walaupun sebaik mana anda pun, Allah tetap uji.

Tetiba saya terfikir, hampir kebanyakan insan memasang niat untuk berkahwin. Tetapi sekadar berkahwin sahaja. Setelah tercapai matlamat mereka untuk berkahwin, namun tiada apa susulan setelah itu. Berkahwin atas nama berkahwin, jadi trend atau ikut sunnah. Namun pada hakikatnya, sejauh mana anda merasa bertanggungjawab keatas perkahwinan tersebut. Dan sejauh mana anda mencari keredhaan atas perhubungan tersebut. Dan sejauh mana anda mempertahankan dan bertoleransi terhadap perkahwinan tersebut?

p/s: Saya sedang membebel dengan diri sendiri. Moga lebih celik minda akan situasi-situasi mendatang.