Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Thursday 5 June 2014

Persoalan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ala kulli hal..
Alhamdulillah, hari ini dirasakan seperti hari yang baru. semangat baru. Tak tahu sebab apa. Mungkin esok nak balik rumah? Atau sebab malam tadi dah jumpa akhawatifillah? Atau memang Allah kurniakan semangat ini untuk menjadi bekal kekuatan hari ni dan insyaAllah pada masa akan datang.

Malam tadi, kira short meeting dengan akhawat sekolah lama. Walaupun wasilah kami berbeza, tapi saya tahu, kami sama-sama berusaha dalam proses untuk mencari kebenaran hakiki. insyaAllah.

Apa yang menjadi persoalan?

Macam-macam.

Terlalu banyak persoalan.

Kadang tak pernah nak meniliti dan memikirkan hujah untuk persoalan tersebut. Tapi apa yang saya tertarik adalah, soalan dari seorang akhawat ni, beliau tanya, macam mana nak relate Islam dengan akademik?

This is very GOOD question.
This is critical question untuk aku dan mereka.

Bila aku nak explain kat dia, baru aku sedar, aku tak ada hujah yang kukuh untuk jawapan itu. Malam ku berlalu pergi. Pagi ini bangun, terfikir dan terilham, macam mana nak relate akademik dengan Islam. Yeah, I know, I'm not a bright student. I'm also quite slow learner. So I need work hard for it. Need a great effort. Moga Allah permudahkan usaha.

Haaa.. Macam mana jang nak relate akademik dengan Islam?

Orang cakap, ilmu ni, ilmu duniawi. Duniawi, duniawi jugak. Tapi, bak kata pepatah arab:

طَلَبُ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ
(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

اطْلُبُو الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصَّينِ
(Tuntulah ilmu walau ke negara China)
Makanya, life is learning process tak kiralah sejauh mana pun kita berusaha untuk dapatkan ilmu tersebut, insyaAllah Allah akan lihat usaha kita.

Berbalik kepada persoalan tadi, 
From my personal opinion, tak kira anda bidang apa sekali pun, ilmu itu, datang dari Allah. Kadang-kadang kita tak nampak macam mana ilmu tu boleh berhubung kait dengan Islam. Tapi, tak kira apa pun bidang, asal kita buat baik, semua akan jadi ok. Biizdnillah.
Kita sebagai Muslim, kita berhak mengetahui ilmu duniawi, agar ilmu itu tidak disalah guna oleh tangan-tangan 'orang yang zalim dan suka membuat kerosakan' di bumi. Sebab itulah pentingnya fikrah/fahaman Islam dalam jiwa-jiwa setiap individu Muslim.

Cuba bayangkan ilmu-ilmu tersebut diseleweng oleh tangan-tangan 'orang durjana' atau orang yang tak sepatutnya?

So, as a true Muslim, apa yang membezakan kita dengan orang lain? Niat.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Untuk memahami lanjut tentang hadith 1 (Hadith 40~imam nawawi) boleh rujuk sini

Lagipun bukankah tugas manusia sebagai khalifah yang memakmurkan bumi? 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Surah Al-Baqarah;2:30) 

Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui.

By the way, Ilmu hanya sebagai Alat untuk mencapai matlamat. Apa matlamat kita? Islam-Rahmatan lil alamin. Jadi, tiada alasan untuk bermalasan dalam menuntut ilmu. Fighting for final exam! 
#Reminder #Selfie

"Do the best, Allah will do the rest!"

Tuesday 3 June 2014

Persediaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan salam cium peluk tangan mak ayah..

 
 Say What? Ramadhan is Coming! Owyeah!

Ohhoohoi.. Ramadhan adalah satu bulan mulia yang sangat dinanti-nanti bagi pemburu-pemburu redha Allah.. bulan Ramadhan adalah bulan festival ibadah! take and grab the opportunity. Ia tidak hadir setiap masa, malah sebulan dalam setahun sahaja! Dalam masa berbaki lebih kurang 24 hari ini, jom le kita siap-siap diri untuk menghadapi Ramadhan yang akan tiba nanti..

Antara tips yang diketahui umum:
  1. Puasa sunat: Amalkan setiap isnin dan khamis serta hari-hari putih. Ia melatih diri sebelum menghadapi puasa bulan Ramadhan sebulan.
  2. Qiamullail: Melatih diri bangun awal disamping dapat melaksanakan solat sunat.
  3. Solat sunat: Pre-warming up untuk solat sunat tarawikh.
  4. Tilawah Al-Quran: Memperbanyakkan membaca Al-Quran disamping dapat melancarkan pembacaan sekaligus mempercepatkan khatam Al-Quran semasa Ramadhan? Eh?
Ahha.. itu antara tips yang common yang saya tahu dan saya hanya mengingatkan diri sendiri.. Eh? xp

Dan ini adalah tambahan untuk persediaan Ramadhan, baru terjumpa ni haa.

Ihsan page fb. blog ni di edit semula pada 5 Jun 2014

I hope this Ramadhan will be The Best Ramadhan ever..

Sebagaimana anda membuat persediaan untuk menghadapi final exam, kenapa tidak untuk menghadapi Ramadhan? tepuk dada tanya iman.

Sunday 1 June 2014

Tudung

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. hari ini masih diberi kesempatan untuk terus berada di bumi Allah..

Sebenarnya saya sangat tertarik dengan isu Kak Mi ataupun Raja Azmi mengenai tudung.
Pernah juga lah tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau mengenai tudung sebelum ini.
Ok. Sekarang bukan itu permasalahannya. Saya tak mahu mengutuk atau mengkritik beliau. Bahkan saya ingin memuji beliau!

Mengapa?

Setelah melihat beliau muncul dikaca tv sebentar tadi, saya rasa sangat respect kepada dia. Hal ini kerana kenyataan yang telah dibuat oleh beliau tentang perubahan pemakaian tudungnya, walaupun saya memang sedia ada yang pakai tudung ni sangat tersentuh dengan kata-katanya.

Sekurang-kurangnya, kenyataan buruk beliau mengenai tudung sebelum ini adalah salah satu critical question untuk dirinya sendiri untuk mencari yang haq. At last, beliau membuka 'buku manual umat Islam' (Al-Quran) dan menemui kebenaran.

Yang best nya lagi, beliau kata, beliau langsung tak terhiris dengan kritikan-kritikan oleh orang ramai mengenai kenyataannya sebelum ini. Malah, beliau lebih risau dengan kritikan daripada Allah.. Allahurabbi.. Sungguh, hidayah ini milik Allah.

Sebenarnya, tiada alasan untuk manusia-manusia sekarang tidak berubah atau tidak mahu memakai hijab kerana belum sampai seru. Allah dah menyeru dan menyatakan dalam Al-Quran tentang perkara ini. Cuma manusia sahaja malas membaca dan memahaminya!

 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Saya percaya ini adalah suasana yang Allah cipta untuk kita mengambil ibrah daripada perkara ini. Moga Allah memberi rahmat kepada mereka yang berusaha untuk mencari haq.

Barangsiapa yang mengetahui kebenaran, tetapi menafikan atau ingkar, sungguh mereka termasuk dalam golongan yang rugi.