Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Tuesday, 8 July 2014

Ilham Satu Nikmat

Bismillah..

Disaat terilham pelbagai perkara di dalam ruang legar fikiran ini, rasa tidak mahu berhenti menulis.

Alhamdulillah Allah masih mengilhamkan dan masih memberi peluang untuk kita berfikir.

Maka, nikmat mana yang engkau dustakan?

Ok, simpan cerita untuk masa akan datang.

Monday, 7 July 2014

Cabaran Ramadan Osem!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Kareem.



Bagaimanakah segala amal dan iman kita? Adakah masih dalam keadaan yang mantap? Tepuk dada, fikir sendiri.

Alhamdulillah ala kulli hal. Sepanjang Ramadhan ini, Ramadhan saya telah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat harapya.

Di bulan Ramadhan ini, pada asalnya saya berhajat untuk memakmurkan rumah sahaja, tapi dalam masa yang sama, saya juga mahu memenuhi salah satu tuntutan muwasafat tarbiyah iaitu mampu berdikari.
Makanya saya mengambil keputusan untuk mencari kerja sambilan untuk menampung keperluan nafsu sendiri dan ditambah dengan wang untuk simpanan serta kehendak2 lain seperti reunion dan sebagainya. Jadi, untuk tidak membabi buta menghabiskan wang ibu bapa, saya perlu ada simpanan sendiri walaupun sebenarnya sedikit kecewa kerana tidak dapat melaksanakan 'projek-projek' di rumah. Takpelah, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih berjaya dilakukan walaupun mungkin tidak mencapai 50%.

Salah satu kebaikan berkerja ini adalah dapat bergaul dengan masyarakat. Walaupun sebenarnya saya bekerja dengan kebanyakannya makcik-makcik sahaja. Oh, tidak mengapa, kita santuni mereka dengan sebaiknya, cuba tunjukkan qudwah hasanah yang sebaiknya. Kot-kot boleh jadi calon menantu depa. eheh.

Kalau ikutkan hati ni, nak juga buat kerja-kerja rumah macam domestic engineer tu. Namun, sungguh, kesempatan itu belum memihak kepada diriku. Antara halangan lain adalah kena re-write new proposal meh.

So, memang kena memanfaatkan waktu dengan sebaiknya. Teruskan mujahadah agar halangan-halangan kekangan masa dapat diatasi. Moga mutabaah amal masih dapat dilakukan dengan baik.  Terasa tuntutan tanggungjawab melebihi masa yang ada. Jadi perlu sentiasa ada yang mengingati dan mengasahjuga menyental hati dan pemikiran agar tak lari dari track yang sebenar. Moga Allah permudahkan usaha kita.