Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Monday 21 December 2015

Book Review - The Chronicles of Ghazi

Alhamdulillah buku ini sangat menarik. Menceritakan perjalanan kisah tentera Islam yang ingin membebaskan konstantinopel setelah melalui beberapa seri peperangan salib.

Aku tak dapat bayangkan suasana, emosi dan keadaan tentera Muslim ini ketika menghadapi tentera salib. Namun tidak ada secebis rasa gentar untuk menegakkan syiar Islam.

Siri demi siri peperangan salib tetap ditempuhi. Sangat terinspirasi!

Ibrah yang diperolehi:
✳Cara didikan Sultan Murad terhadap Mehmed
✳Islam agama rahmah. Melayan tawanan dengan baik.
✳Kebaikan akhlaq pemimpin Muslim, menawan hati pengemis kafir
✳Mujahid sanggup syahid demi menegakkan syariat Allah
✳Sentiasa muhasabah mengingati Allah
✳Tidak mudah putus asa
✳Tawanan perang dilayan baik oleh tentera Muslim dan menunjukkan Islam rahmatan lil alamin

MasyaAllah, semangat yang mereka perolehi sangat hebat. Semoga kita, umat Islam sekarang juga mempunyai hamasah assyabab itu demi menegakkan Islam serta menjadikan kisah/sejarah terdahulu sebagai pengajaran dan pedoman.

Wednesday 4 November 2015

Miracle

im waiting for miracle and that miracle happened to me. then what else im waiting for if I crying badly for that?

i shud back to Allah. Allah want me not run far from Him. So from this situation, i will refer to Allah to ease my choice and path.

Monday 8 June 2015

I.S.L.A.M

Islam tidak cukup hanya pada nama pada IC.
Islam itu tidak hanya dengan solat 5waktu.
Islam tidak hanya berlaku dalam masjid.
Islam tidak hanya pada janggut, jubah atau hijab.
Islam itu mencakupi seluruh kehidupan. Dari segi sosio ekonomi, politik, malah acara serta amalan kehidupan itu sendiri.
Islam the way of life.

Wednesday 20 May 2015

Ibrah Internship #1

Harini dapat peluang teman supervisor jumpa supplier.

Nak dijadikan cerita, nak highlight words yang keluar dari mulut supplier je.

"I understand with your company policy, I just want to share our products to you."

Just a simple word but it give meaning for whose thinking.

Like what I'm thinking right now. I just want to share my feeling and my happiness after got tarbiyah (read: happy circle).

I would like to people feel the rahmatan lil alamin.

Wednesday 25 March 2015

Menuju generasi AlQuran

aku harap aku mampu melunaskan hasrat mak. mak tak pernah nak suruh aku jadi doktor atau jurutera.

mak cuma pernah berhasrat anak-anaknya mampu menjadi hafiz or hafizah.

mak, aku cuba. tapi mohon doa mak untuk aku kuat dan teruskan perjuangan ini. banyak sangat dugaan dunia masa kini. lagipun aku pun cuma insan yang imannya juga turun dan naik. aku masih perlu banyak berubah untuk menjadi individu ghuraba'.

Allah musta'an.

#Promptthought

Thursday 12 March 2015

AlQuran dan Mimpi

aku bermimpikan manusia2 yang cuba jauh dan makin menjauh dari alquran. hidupnya huru hara. kacau bilau. dan serba tak kena. kemurungan dan depression.

aku seakan tersentak setelah bangun dari tidur. aku teringat-ingat mimpi tersebut. hatiku sedikit resah. mungkin ini peringatan buatku yang terlupa dengan kesibukan aktiviti harian.

ingatan tersebut mengembalikan ku ke landasan kembali sebelum aku lebih jauh tersimpang dari landasan tersebut.

Khalifah yang membina khalifah

Andai kita sedar dan tahu tujuan kita dihidupkan, pasti kita akan memaknai erti kehidupan tanpa rasa jemu untuk meneruskan kehidupan.

sayang sekali bila terdengar suara2 yang menyatakan
"aku dah tak tahu lagi nak buat apa lagi untuk hidup ni. aku dah tak rasa apa2 untuk teruskan kehidupan"

"aku punya rutin harian pergi kerja, balik kerja. kerja untuk survive. kahwin. makan. pastu nothing happen to me. macam tulah kehidupan aku."

sedih mendengar confession seperti ini seakan aku masih belum cukup menyantuni mereka. ceh, lagakku seperti orang tua yang lebih makan garam pula.

aku hanya belajar dari kehidupan. kehidupan yang bermatlamatkan  mardhatillah.

orang yang tahu matlamat, pasti akan sedaya upaya memakmurkan bumi itu sendiri. memang itulah tujuan hidup sebagai khalifah. khalifah yang ingin membina khalifah yang lain!

May Allah ease!

Wednesday 4 March 2015

Rotan an an..

andai merotan menjadi kesalahan,
si perotan menjalani hukuman,
anak-anak bakal dibiarkan,
kepada siapa hak penjagaan?

andai merotan menjadi kesalahan, bagaimana cara sesuai untuk memberi didikan?
adakah cukup dengan makian?
cara didikan menjadi taruhan.
demi membentuk generasi masa depan.

manusia mempunyai pelbagai tafsiran.
definisi merotan menjadi persoalan.
semoga dapat penjelasan,
sebelum undang-undang dilaksanakan.