Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Friday 26 July 2013

Problems?


 Assalamualaikum and hi yalls!
eh. eh. entry ni bukan nak troll orang.. tapi nak trolllolol je.. haha.. JK.

Everyone have their own problem. Bak kata Miss Sharifah, ikan pun ada problem, kucing pun ada problem, burung pun ada problem. dia punya bunyi.. "aakkk.. aaakkk.. aaakk.." bunyi tu pun dah problem sebenarnya. ade ke bunyi burung macam tu?

ahhh.. never mind about that.. yalah, the small matter you make it big like nothing bigger than that.. take it easy beb. dont run from that problems, but face it. it will chase you. Then, cakap dengan problem tu sambil tersenyum: "Dear problem, saya ada Allah dan Dia lebih besar dari anda wahai masalah!" Mesti problem tu sakit hati sebab anda tenang je menghadapi problem tu. bhahaha. 

Pada Allah lah kita mohon pertolongan kerana hadirnya masalah itu daripadaNya untuk menguji hamba-hambaNya. Adakah hamba-hambaNya beriman?

"Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-An'am 6:17)


Sesungguhnya Al-Quran itu mengandungi pelbagai penyelesaian masalah. segala persoalan pasti ada jawapannya sekiranya anda betul-betul menghayatinya.

Renung-renungkan. selamat beramal.
Fi amanillah. :)

Thursday 25 July 2013

Nafsu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum yalls..

First of all, saya bagi tiga golongan ni: malaikat, manusia, dan haiwan. Bagi pandangan semua, apa yang boleh dilihat perbezaan antara ketiga-tiga ni?

Ok. ok.

Malaikat--> ada akal tapi tidak bernafsu.
Haiwan-->tiada akal tapi bernafsu.
Manusia-->berakal lagi bernafsu. eh?

Nampak tak?

Nampak tak betapa istimewanya manusia sampaikan Allah beri semua kepada manusia. semua manusia dapat. akal, hati, perasaan, nafsu, ujian, kesihatan, kesakitan dan banyak lah lagi. adakah kita sedar? cuma kita je yang tidak tahu hargai dan guna sebaik mungkin.

psstt... Darjat kita(manusia) sebenarnya lebih tinggi dari malaikat kerana amal. Amal malaikat tiada naik turun. takat tu je.. itu yang membezakan dengan manusia.. manusia mampu meningkatkan amal ibadah.. tapi malangnya amal manusia mampu juga untuk merudum.. 

Yalah.. mungkin nafsu-nafsu inilah yang bertanggungjawab atas segala amalan-amalan manusia kan.. kan..

Kita ambil contoh yang mudah. sekarang ni bulan Ramadhan kan. Waktu iftar, beli makanan banyak2, walhal yang makan seorang je pun. Tu yang membeli jasad ke nafsu tu? ce jawab sikit. Pastu makan tak ingat dunia. sekali lagi yang makan tu diri sendiri ke ada extra nafsu tu? ce jawab? haaa.. kantoi lah tu tak dapat jawab. Bagi makan kat nafsu lah tu.. Lastly, diri sendiri juga semput tak larat nak berterawikh.

Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul. (Al-Maidah:77)

lalu nafsu pun bersorak dengan girangnya.. hip.. hip.. hooraayyy!! \(^_^)/

eh? eh? krik.. krik.. -..-"

HAIYYA BILJIHAD!! 

Saya ada 4 cara untuk melemahkan nafsu:
  1. Beruzlah : atau kata nama lain berkhalwat atau menyendiri. Bukan berkhalwat berdua-duaan yep. Makin parah nafsu cenggitu. Di samping menyendiri tu lah kita akan memuhasabah diri.
  2. Berdiam diri : Kurangkan bercakap supaya tidak mengeluarkan kata2 yang tidak berfaedah. Ia tak bermakna anda tidak menjawab sepatah haram pun bila orang bertanya. Sila respon perkara2 yang perlu sahaja.
  3. Banyak berjaga malam : "Berjaga untuk assigment, marathon movies dan ronda uptown! Jyeah!!" Gulp. Pengsan. Menghidupkan malam dengan mengingati Allah serta beribadah kepadaNya. Qiamullail lah beb.
  4. Menahan lapar : Okay, semua kena ikat perut. Barulah ramping nafsu. In our word we called it puasa lah. Puasa kan dapat melemahkan nafsu.
Then, selamat mencuba!