Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Tuesday 10 December 2013

Suddenly I have a big dream..

Assalamun alaik ya habibi.. ya maulana..

Yeap.. Suddenly Allah give me an idea..

Tengah scroll muka buku, tetiba terpapar gambar bayi2 yang terbuang..
Allahu rabbi.. kasihan anak kecil itu.. Mereka langsung tidak tahu menahu tentang dunia, tetiba dihukum sebegitu rupa..

Allah..
Peliharalah mereka..

Ingin sahaja aku mengambil anak-anak kecil yang terbuang ini..
Aku ada misi untuk mereka. Aku tak pandang mereka kotor atas kesilapan ibu bapa mereka..
Selagi boleh dilentur, maka ia masih ada peluang..

Ya! aku berhajat untuk membimbing mereka, membuli mereka dengan tarbiyah.. eh?
Aku mahu mencorak mereka untuk kepentingan ummah..
Biarlah apa orang kata.. tapi aku yakin anak2 ini ada masa depannya jika kita mencorak dengan betul.

Sungguh.. Aku ada cita-cita ini.. Namun aku belum termampu zahir dan batinku..
Doakan aku..
Doakan aku..
Doakan aku..

Ya RAhman Ya Rahim.. Maha mengetahui segala sesuatu..

 
Tak ke kasihan macam ni? 

p/s: ekceli nak tunjuk gambar lagi sadis.. tapi aku sendiri pun tak sanggup nak tengok.. pilu.. it hurt my heart..

Monday 9 December 2013

konferens riang??

Assalamualaikum w.b.t

Kabare wong kampung?
eheh.. maaf.. salah bahasa..

Usrah?
Apa tu usrah?

Usrah dari segi bahasanya berasal daripada bahasa arab yang membawa makna keluarga. Dan secara umumnya ia membawa maksud satu pertemuan antara ahli2 usrah tersebut untuk pemantapan dan pengisian roh dan jasad. insyaAllah..

Kenapa nak kena join usrah?

Usrah penting untuk menghidupkan Islam dalam individu Muslim itu sendiri.. seterusnya, individu Muslim itu akan membina Baitul Muslim-->Masyarakat Muslim dan seterusnya.. Tak nak kah kita Islam tertegak di dunia ini?

Saya sangat pasti ada manusia yang wujud di muka bumi Allah ni yang tak join usrah tapi dia dah cukup baik. Yaa, bahkan mungkin lebih baik dari orang join usrah itu sendiri. Tak mengapalah, tidak salah pun. Asal hak dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah bumi dilaksanakan. Saya cukup lega kalau dia ada matlamat Islam yang sama. Jadi, insyaAllah orang ini sudah cukup kuat. Mudah-mudahan.

Bahkan kemungkinan, kami-kami yang join usrah tidak sekuat individu tersebut, jadi kami perlukan usrah sebagai 'supplement' hidup. Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak jahiliyyah dalam diri, jadi perlu disental jahiliyyah-jahiliyyah tersebut dengan tarbiyah.

Murabbiyah pernah kata, ada beza cara hidup kita yang berfikrah Islam dengan orang yang biasa-biasa. Memang betul pun. Saya tak perlu lihat jauh terhadap orang lain. Malah, saya bisa untuk membezakan keadaan diri saya sendiri sebelum berada di jalan DnT ini dan juga setelah berada di jalan DnT ini.

Ia seperti keajaiban yang berlaku. Antaranya, kalau dulu, hari-hari buka beautifulnara(blog gosip artis) sekarang tidak lagi buka blog tersebut setiap hari. Kalau dahulu kuat bermalasan, sekarang, kemalasan itu dapat dihakis sedikit demi sedikit. Kalau dulu sangat malas membaca, dan tidak suka sebarang bentuk sejarah, sekarang masalah tersebut dapat diatasi sedikit demi sedikit. Kalau dahulu kurang amalnya, maka sekarang dah ada mutabaah amal.



Yeap! pembinaan individu Muslim sangat penting untuk tertubuhnya Ustaziyatul alam..

Dulu tak pernah kisah usrah tu apa dan kenapa kena ada usrah. Dari dulu join usrah. Tapi tak faham kenapa. Yang saya tahu, untuk makanan rohani diri sendiri.
Dan rasanya saya bertindak kejam. ilmu yang diperolehi sepatutnya dikongsikan. Bukan untuk disimpan untuk diri sendiri. Oh my bad! Saya akan cuba improve dan berkongsi dengan orang lain. Sharing is Caring. Caring is Loving.

Sekarang, usrah baru, cara baru.. dan barulah saya faham, kenapa usrah tu penting. We need to spread it.. spread our love(Islam)..

I should thanks to Allah. He give me a chance untuk berada dalam gerabak ini. Ia payah tapi menyeronokkan.. InsyaAllah. May He give easiness..

Moga Allah redha kita yang berada di gerabak ini..

Monday 2 December 2013

Noktah

Malam ini.. tetiba aku rasa sebak.. sebak sangat2..

Aku tak tahu ini sekadar emosionalku ataupun firasatku atau gangguan syaitan....

Dah dua tiga hari juga rasa something will happen to myself..

But, tak berani nak luah.. Sebab rasa masih belum cukup amal.. belum cukup dakwah orang..
i'm do nothing.. Aku tak cukup semua lagi..

Dalam umur 21tahun ni, aku tak tahu apa yang aku dah sumbang pada Islam.. I is sad..

Andai aku pergi, apa yang mampu aku tinggalkan?

Emm....
*Nangis*

Andai aku pergi dahulu.. maafkan segala kekhilafanku.. Terima kasih atas segalanya..

 

Allah Maha Mengetahui..

p/s: Mohon siapa yang mengenaliku, minta deactivate fb, twitter n segala media sosial yang aku ada seandainya aku pergi dulu..