Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Monday, 9 December 2013

konferens riang??

Assalamualaikum w.b.t

Kabare wong kampung?
eheh.. maaf.. salah bahasa..

Usrah?
Apa tu usrah?

Usrah dari segi bahasanya berasal daripada bahasa arab yang membawa makna keluarga. Dan secara umumnya ia membawa maksud satu pertemuan antara ahli2 usrah tersebut untuk pemantapan dan pengisian roh dan jasad. insyaAllah..

Kenapa nak kena join usrah?

Usrah penting untuk menghidupkan Islam dalam individu Muslim itu sendiri.. seterusnya, individu Muslim itu akan membina Baitul Muslim-->Masyarakat Muslim dan seterusnya.. Tak nak kah kita Islam tertegak di dunia ini?

Saya sangat pasti ada manusia yang wujud di muka bumi Allah ni yang tak join usrah tapi dia dah cukup baik. Yaa, bahkan mungkin lebih baik dari orang join usrah itu sendiri. Tak mengapalah, tidak salah pun. Asal hak dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah bumi dilaksanakan. Saya cukup lega kalau dia ada matlamat Islam yang sama. Jadi, insyaAllah orang ini sudah cukup kuat. Mudah-mudahan.

Bahkan kemungkinan, kami-kami yang join usrah tidak sekuat individu tersebut, jadi kami perlukan usrah sebagai 'supplement' hidup. Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak jahiliyyah dalam diri, jadi perlu disental jahiliyyah-jahiliyyah tersebut dengan tarbiyah.

Murabbiyah pernah kata, ada beza cara hidup kita yang berfikrah Islam dengan orang yang biasa-biasa. Memang betul pun. Saya tak perlu lihat jauh terhadap orang lain. Malah, saya bisa untuk membezakan keadaan diri saya sendiri sebelum berada di jalan DnT ini dan juga setelah berada di jalan DnT ini.

Ia seperti keajaiban yang berlaku. Antaranya, kalau dulu, hari-hari buka beautifulnara(blog gosip artis) sekarang tidak lagi buka blog tersebut setiap hari. Kalau dahulu kuat bermalasan, sekarang, kemalasan itu dapat dihakis sedikit demi sedikit. Kalau dulu sangat malas membaca, dan tidak suka sebarang bentuk sejarah, sekarang masalah tersebut dapat diatasi sedikit demi sedikit. Kalau dahulu kurang amalnya, maka sekarang dah ada mutabaah amal.



Yeap! pembinaan individu Muslim sangat penting untuk tertubuhnya Ustaziyatul alam..

Dulu tak pernah kisah usrah tu apa dan kenapa kena ada usrah. Dari dulu join usrah. Tapi tak faham kenapa. Yang saya tahu, untuk makanan rohani diri sendiri.
Dan rasanya saya bertindak kejam. ilmu yang diperolehi sepatutnya dikongsikan. Bukan untuk disimpan untuk diri sendiri. Oh my bad! Saya akan cuba improve dan berkongsi dengan orang lain. Sharing is Caring. Caring is Loving.

Sekarang, usrah baru, cara baru.. dan barulah saya faham, kenapa usrah tu penting. We need to spread it.. spread our love(Islam)..

I should thanks to Allah. He give me a chance untuk berada dalam gerabak ini. Ia payah tapi menyeronokkan.. InsyaAllah. May He give easiness..

Moga Allah redha kita yang berada di gerabak ini..

No comments:

Post a Comment