Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Saturday, 15 February 2014

Maulid Rasulullah S.A.W



 Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala alihi Muhammad

Mari kita berselawat keatas Rasulullah S.A.W junjungan kekasih Allah.

Sedikit rentetan peristiwa menarik ketika kelahiran kekasih Allah ini:


  1.  Keadaan Makkah dan sekelilingnya menjadi damai dan menenangkan jiwa. Seolah2 alam turut menyambut kelahiran insan istimewa ini.
  2. Memadamkan api2 keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak pernah terpadam semenjak ia dihidupkan(di Negeri Parsi).
  3.  Menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh.


(Sumber Biografi Agung RASULULLAH Sallallahu Alayhi Wasallam oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari,2012)

Selain itu, kelahiran Rasulullah S.A.W juga disambut gembira oleh kaum Bani Hashim. Bukan itu sahaja, malah, bapa saudaranya, Abu Jahal juga antara manusia yang paling gembira akan kelahiran Rasulullah.

Apa yang ingin dijadikan isu adalah, Abu Jahal, ketika Rasulullah S.A.W dilantik menjadi rasul, dialah yang paling kuat menentang Rasulullah S.A.W padahal bukankah dia antara orang yang paling gembira akan kelahiran baginda?

Tidakkah anda melihat?

Maknanya, kelahiran atau Mawlid nabi ini sekadar diraikan pada 12 Rabiul awal sahajakah? Sepertimana gembiranya Abu Jahal menyambut kelahiran Rasulullah S.A.W. Kita mahu menjadi seperti Abu Jahal kah? Hanya memperingati kekasih Allah Cuma hanya pada tanggal 12 Rabiul awal.

Mungkin saya agak terlambat mengupas isu ini memandangkan bulan Rabiul awal sudah berlalu pergi. Tetapi tidak bermaksud entri ini hanya boleh tercipta pada bulan Rabiul awal right?
Jadi, mengapa kita tidak meraikan dan mengamalkan sunnah2nya dalam kehidupan seharian kita? Kita hidupkan suasana Rasulullah dalam kehidupan kita.

Subhanallah, apabila kita mengamalkan ajaran baginda, sungguh darjat baginda akan semakin tinggi. Ilmu yang disampaikan akan sentiasa mengalir selagi mana kita mengamalkan. Sungguh, betapa hebatnya kuasa Allah terhadap kekasih-Nya.


Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad.

p/s: Sebenarnya saya menulis untuk berleter kepada diri sendiri. Kalau nak join sekaki boleh lah.

No comments:

Post a Comment