Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Monday 13 October 2014

Alternatif

Bismillah..

Mungkin sahaja aku pernah ambil jalan yang ini..
Tapi, aku masih tak menuju ke arah matlamatku. Seperti musafir yang rabun malam. Tak jelas di jalanan.

Lalu, aku memilih jalan alternatif yang lain..

Alhamdulillah.. ia memenuhi keperluan jiwaku.. Seperti seorang yang rabun mendapat kacamata. Dan sepanjang perjalanan itu telah didorong oleh persekitaran, aura-aura tertentu dan semangat yang menyokong dari belakang. Dan yang pasti, aura yang paling kuat menyokong dari belakang adalah disebabkan mardhatillah..

Menuju ke arah matlamat itu. Tujuan yang sama, namun wasilah berbeza..

Mungkin cara itu dan cara ini berbeza, kerana manusia itu tak sama. Ragamnya, keperluan jiwanya. Bahkan kegemaran juga berbeza.
Kerana memang manusia memang diciptakan pelbagai. Oleh sebab itu, wujudnya pelbagai wasilah demi matlamat yang sama.
Iaitu, memakmurkan bumi.

Alhamdulillah.. jalan yang sekarang ku lalui telah membawaku sehingga ke hari ini.

Perjalanan yang masih panjang.. Moga kita tetap dijalanan ini.

No comments:

Post a Comment