Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Friday 24 October 2014

Cerita Musafir #1 (Planning awal)

Bismillah..

Alhamdulillah ala kullii hal..

Tanpa disedari, planning backpacker berjaya juga dilaksanakan. Sebenarnya tak ingat macam mana boleh start timbul idea ni.
Lagipun, aktiviti backpacker ni memang one of my wishlist. Wishlist nak berjalan jauh sebab nak tengok budaya dan kebesaran Allah di tempat lain. Sebab lain adalah, belajar dari pengalaman. Sebelum ni, dengar cerita orang je. So, tak rasa pengalaman itu. So, feel dia lain bila dah rasa pengalaman sendiri.

Cadangan ini wujud pada seminggu sebelum hari kejadian rasanya. Mula-mula tak ambil serius. Sebab mungkin hanya bualan dan anganan kosong. Tapi, disebabkan masing-masing mempunyai keinginan yang tinggi, jadi planning itu terus berjaya terlaksana. Alhamdulillah.

Asalnya, planning berdua je. Namun, kami cuba mencari orang lain lagi untuk memeriahkan lagi pengembaraan kami. Jadi, kami tiga pengembara berjaya mencipta memori di Penang pada 22 Oktober yang lalu. Kami bercadang untuk berjalan sehari sahaja walaupun terdapat rakan-rakan yang lain mencadangkan buat 3hari 2malam. Sebenarnya pengembaraan backpackers kali ini adalah salah satu misi bajet. Jadi, kami rasa sehari pun cukup untuk mencipta precious moment kat sana.

Syukur kehadrat Illahi, Allah juga mempermudahkan urusan kami serta menyelitkan sedikit cabaran bagi mewarnai perjalanan kami.

Sebelum bermulanya kisah pengembaraan kami, kami buat sedikit survey tempat mana yang ingin dilawati. Kami juga survey harga, tempat makan, pengangkutan dan masa perjalanan agar kami dapat memanfaatkan keberadaan kami sepenuhnya sewaktu di sana.

Alhamdulillah. persediaan awal dan sedikit survey ini sedikit sebanyak membantu melancarkan aktiviti perjalanan kami.

Ibrah: Persediaan awal, survey awal.

Gambar hiasan





No comments:

Post a Comment