Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Monday 6 January 2014

Syukurku PadaMu

Bismillah.

Disaat aku lihat mereka mempunyai kelebihan, aku mulai rendah diri dengan diri sendiri.
Disaat kurasa hidup mereka lebih bewarna warni, aku mulai rasa hidupku kelabu.
Disaat kurasa mereka peroleh apa yang mereka mahu, aku disini tiada apa-apa.
Disaat mereka mencapai satu pencapaian yang mampu dibanggakan, aku disini tiada apa yang mampu aku banggakan.
Disaat aku rasa mereka mampu, aku disini merasa yang aku sekadar mampu melihat.

Sungguh, ada satu sisi yang aku tidak sedar.

Disaat mereka merungut, baru ku sedar betapa kurangnya masalahku berbanding mereka.
Disaat mereka kekurangan, baru ku sedar aku mempunyai segala keperluan yang memang cukup-cukup untukku.
Disaat mereka dilanda badai, baru ku sedar, penderitaan mereka yang lebih payah berbandingku.
Disaat mereka kurangnya kasih sayang, baru ku sedar kasih ibu bapaku tiada tara walaupun mereka tak tonjolkan.
Disaat mereka berada dilorong-lorong yang entah dimana-mana, baru kusedar aku masih terpelihara disini.

Doakan mereka untuk kehidupan yang lebih baik. Aku juga tidak tahu keadaan mereka ini bagaimana dan dimana. *Syria, Palestin, Rohingya, Selatan Thailand, Mesir dan seluruh kaum yang tertindas.

Jadi, apa lagi mahuku?

Aku bukan mahu wang menggunung.
Wang menggunung tidak menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan pada masa depan.
Aku juga bukan mahu kelebihan yang luar biasa.
Apakah gunanya kelebihan yang diamanahkan jika tidak dikongsi untuk seluruh alam. Biarlah kelebihan ini kelebihan yang mampu dipikul dan dikongsi sekalian rahmat.

Ya, mungkin kesederhanaan itu yang aku mahukan.

.Sederhana.

No comments:

Post a Comment