Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Friday 30 May 2014

Menabung

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku perasan sikap aku yang suka boros. Aku pantang ada duit banyak walaupun itu duit pinjaman untuk biaya kos pengajian aku.

Lepas aku lama berada di bawah naungan tarbiyah, murabbiah aku berjaya sental kotoran(jahiliyyah) yang ada dalam diri aku. Memang susah nak hilang kesan kotoran degil tu memang belum fully kotoran tu pergi. Tapi sedikit sebanyak aku merasai kemanisan dalam gerabak ini. Semakin terasa aku disental. Salah satu yang murabbiah aku pernah sentuh adalah simpanan.

Aku tahu, aku belum berkerjaya dan tiada gaji. Jadi aku mula dengan sedikit usaha yakni menyediakan dua tabung. Satu untuk masa hadapan, satu untuk Haji.

Displaying 20140530_133128.jpg

Apa rasionalnya?

Untuk yang haji tu, Umat Islam wajib untuk menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Murabbiah pernah kata, cuba berusaha untuk itu, biarpun sekecil-kecil usaha yang kita lakukan. Dia kongsikan lagi, ustaz dia kata, biarpun sehari kita simpan 10sen, Allah tengok usaha kita. Yang penting kita ada niat dan usaha untuk mencapai jemputan Allah ke Baitullah Al-haram.

Kedua, bagi simpanan untuk masa hadapan. Tak dinafikan kalau kita tak simpan part yang ni pun takpe asalkan pandai-pandai guna duit. Contohnya, bila dah emergency takde duit hujung-hujung sem, mesti kita guna juga. Mungkin yaa. Tapi saya cukup yakin kalau saya tak buat macam ni, lagi lah entah ke mana duit-duit tu akan diguna. At least dengan cara ni kita nampak yang kita ada simpanan. Tapi make sure berdisiplin! Jangan guna selagi tiada keperluan yang penting.

Alhamdulillah. walaupun permulaan yang agak lambat, kita cuba juga lah ye?

Terfikir nak buat satu lagi tabung, iaitu tabung untuk duit-duit amal. Contoh macam untuk Palestin ke, Syria ke, untuk para mangsa-mangsa bencana alam atau pesakit-pesakit kronik. Tapi tabung ni, tak tahu nak start bila sebab takde bekas lagi. cuma ada dua je.

Kadang-kadang pernah terfikir, kalau simpan duit macam ni, tak dapat enjoy lah dengan duit tu. Banyak sangat nak diagihkan. Tapi I believe in Allah. Semua ni Allah bagi pinjam walaupun saya dapat duit pinjam dari SUK Selangor je. Maklum lah student lagi. Lagipun kenapa kita nak kedekut sedangkan Allah dah bagi sumber.

Kan.. kan..


Sekadar perkongsian.. Maassalamah..

No comments:

Post a Comment