Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Friday 9 May 2014

Kecewa

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan Salam Satu, Dua, Tiga dan Empat..

Alhamdulillah ala kulli hal..

Kecewa adalah satu perasaan yang menggambarkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu. Mungkin kerana ketidaksampaian kepada jangkaan-jangkaan yang kita bina sendiri. Akhirnya, tidak terjangkau pun jangkaan tersebut. Tipulah kalau saya cakap saya tak pernah kecewa. Bahkan minggu ini sahaja, pelbagai perkara telah mengecewakan hati saya.

Sebenarnya bukan nak cerita sangat pun mengenai kekecewaan diri sendiri. Bahkan bukan semua orang nak ambil tahu bukan?

Mengapa ada kecewa?

Kalau ikut jawapan saya, itu adalah sentuhan ujian dan dugaan daripada Allah. Allah memberi mesej secara halus supaya kita bangkit.
Kalau ikut skema jawapan, mungkin jawapan ini tidak membolehkan saya dapat markah penuh. Mungkin sahaja ada jawapan-jawapan lain lebih bernas.

..."Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa". (15:55)

Siapa sangka disaat kita berada dilorong kekecewaan, kejatuhan dan segala kedukaan, siapa tahu dihujung jalan kita bertemu dengan cahaya kegembiraan. Yang pasti jangan putus asa. Teruskan berjalan dengan penuh semangat.

Apa guna kita tenggelam di dalam kekecewaan?

Count your blessing. You will free from your frustration.












































No comments:

Post a Comment