Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Thursday 29 May 2014

Impian

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku punyai impian.
Aku punyai impian yang dimana aku ingin kembara di bumi para anbiya'

Mengamati segala sejarah-sejarah perjuangan mereka.
Mengambil pengajaran disetiap pelusuk cerita.
Untuk kebangkitan darah muda yang akan datang.

Kemana aku mahu pergi?

Aku mahu ke Makkah.
Aku mahu ke Turki.
Aku mahu ke Cordova, Andalusia, Spain.
Aku mahu ke Tanah arab.

Aku juga mahu kembara keseluruh dunia untuk melihat budaya dan peradaban manusia.
Aku mahu menambah pengalaman dan hujah betapa hebat kuasaNya.

Aku tahu, kembara itu tidak semudah menekan papan kekunci ini.
Tiada apa-apa yang berlaku jika hanya sekadar terluah di ruang maya ini.
Lakukan dengan usaha.

Mohon doa kalian.
Agar Allah memberi belas ihsan untuk ku menggapai impian ini.

No comments:

Post a Comment