Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Sunday 1 June 2014

Tudung

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. hari ini masih diberi kesempatan untuk terus berada di bumi Allah..

Sebenarnya saya sangat tertarik dengan isu Kak Mi ataupun Raja Azmi mengenai tudung.
Pernah juga lah tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau mengenai tudung sebelum ini.
Ok. Sekarang bukan itu permasalahannya. Saya tak mahu mengutuk atau mengkritik beliau. Bahkan saya ingin memuji beliau!

Mengapa?

Setelah melihat beliau muncul dikaca tv sebentar tadi, saya rasa sangat respect kepada dia. Hal ini kerana kenyataan yang telah dibuat oleh beliau tentang perubahan pemakaian tudungnya, walaupun saya memang sedia ada yang pakai tudung ni sangat tersentuh dengan kata-katanya.

Sekurang-kurangnya, kenyataan buruk beliau mengenai tudung sebelum ini adalah salah satu critical question untuk dirinya sendiri untuk mencari yang haq. At last, beliau membuka 'buku manual umat Islam' (Al-Quran) dan menemui kebenaran.

Yang best nya lagi, beliau kata, beliau langsung tak terhiris dengan kritikan-kritikan oleh orang ramai mengenai kenyataannya sebelum ini. Malah, beliau lebih risau dengan kritikan daripada Allah.. Allahurabbi.. Sungguh, hidayah ini milik Allah.

Sebenarnya, tiada alasan untuk manusia-manusia sekarang tidak berubah atau tidak mahu memakai hijab kerana belum sampai seru. Allah dah menyeru dan menyatakan dalam Al-Quran tentang perkara ini. Cuma manusia sahaja malas membaca dan memahaminya!

 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Saya percaya ini adalah suasana yang Allah cipta untuk kita mengambil ibrah daripada perkara ini. Moga Allah memberi rahmat kepada mereka yang berusaha untuk mencari haq.

Barangsiapa yang mengetahui kebenaran, tetapi menafikan atau ingkar, sungguh mereka termasuk dalam golongan yang rugi.

No comments:

Post a Comment