Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Thursday 5 June 2014

Persoalan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ala kulli hal..
Alhamdulillah, hari ini dirasakan seperti hari yang baru. semangat baru. Tak tahu sebab apa. Mungkin esok nak balik rumah? Atau sebab malam tadi dah jumpa akhawatifillah? Atau memang Allah kurniakan semangat ini untuk menjadi bekal kekuatan hari ni dan insyaAllah pada masa akan datang.

Malam tadi, kira short meeting dengan akhawat sekolah lama. Walaupun wasilah kami berbeza, tapi saya tahu, kami sama-sama berusaha dalam proses untuk mencari kebenaran hakiki. insyaAllah.

Apa yang menjadi persoalan?

Macam-macam.

Terlalu banyak persoalan.

Kadang tak pernah nak meniliti dan memikirkan hujah untuk persoalan tersebut. Tapi apa yang saya tertarik adalah, soalan dari seorang akhawat ni, beliau tanya, macam mana nak relate Islam dengan akademik?

This is very GOOD question.
This is critical question untuk aku dan mereka.

Bila aku nak explain kat dia, baru aku sedar, aku tak ada hujah yang kukuh untuk jawapan itu. Malam ku berlalu pergi. Pagi ini bangun, terfikir dan terilham, macam mana nak relate akademik dengan Islam. Yeah, I know, I'm not a bright student. I'm also quite slow learner. So I need work hard for it. Need a great effort. Moga Allah permudahkan usaha.

Haaa.. Macam mana jang nak relate akademik dengan Islam?

Orang cakap, ilmu ni, ilmu duniawi. Duniawi, duniawi jugak. Tapi, bak kata pepatah arab:

طَلَبُ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ
(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

اطْلُبُو الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصَّينِ
(Tuntulah ilmu walau ke negara China)
Makanya, life is learning process tak kiralah sejauh mana pun kita berusaha untuk dapatkan ilmu tersebut, insyaAllah Allah akan lihat usaha kita.

Berbalik kepada persoalan tadi, 
From my personal opinion, tak kira anda bidang apa sekali pun, ilmu itu, datang dari Allah. Kadang-kadang kita tak nampak macam mana ilmu tu boleh berhubung kait dengan Islam. Tapi, tak kira apa pun bidang, asal kita buat baik, semua akan jadi ok. Biizdnillah.
Kita sebagai Muslim, kita berhak mengetahui ilmu duniawi, agar ilmu itu tidak disalah guna oleh tangan-tangan 'orang yang zalim dan suka membuat kerosakan' di bumi. Sebab itulah pentingnya fikrah/fahaman Islam dalam jiwa-jiwa setiap individu Muslim.

Cuba bayangkan ilmu-ilmu tersebut diseleweng oleh tangan-tangan 'orang durjana' atau orang yang tak sepatutnya?

So, as a true Muslim, apa yang membezakan kita dengan orang lain? Niat.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Untuk memahami lanjut tentang hadith 1 (Hadith 40~imam nawawi) boleh rujuk sini

Lagipun bukankah tugas manusia sebagai khalifah yang memakmurkan bumi? 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Surah Al-Baqarah;2:30) 

Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui.

By the way, Ilmu hanya sebagai Alat untuk mencapai matlamat. Apa matlamat kita? Islam-Rahmatan lil alamin. Jadi, tiada alasan untuk bermalasan dalam menuntut ilmu. Fighting for final exam! 
#Reminder #Selfie

"Do the best, Allah will do the rest!"

No comments:

Post a Comment