Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Monday, 25 March 2013

Tema Kehidupan : Ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera uollszz..

Pagi tadi masuk dalam kelas Asas keusahawanan dan mendengar lecturer memberi lecture kepada kami. isi-isi kata2 beliau ada memberi sedikit motivasi dan ransangan.. tapi kadang-kadang aku tidur je kat belakang tu.. ni namanya budak tak makan saman.. tak bermotivasi langsung.. tu lah dinamakan ujian untuk aku yang kena hadir ke kelas 8 pagi dan melawan ketiduran aku di dalam kelas.. akhirnya aku tewas. tersungkur di permukaan meja. dan ujian untuk lecturer, Dr kamel  juga sebab kena layan kerenah student macam aku ni.

Kata2nya yang dapat aku tangkap walaupun aku mahu tak mahu nak buka mata adalah Tema kehidupan kita adalah ujian.. dia cakap pun sebab this week minggu test. aku pun ngangguk2 je lah. padahal tersengguk.. Dr Kamel said, ujian ni lah kayu ukur kita untuk tahu di mana tahap pencapaian kita.

untuk menyokong kata2 beliau, saya ketengahkan hujah saya. CEH~
ujian itu perlu bagi mewarnai kehidupan kita.. tanpa ujian dull lah kehidupan kita.. dan sangat bosan.. serius beb! takde cabaran.. so, accept ujian as a challenges not a burden..

 

Ujian adalah tarbiyah dari Allah.. Adakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..
Ujian itu makanan iman; ibrahnya luas tersusun mengikut aturan, terzahir dari dimensi pemikiran dan perbuatan.. 
Ujian tu satu anugerah dari Allah.. Allah sangat sayang kat kita.. Sebab Dia ingat kat kita nak bagi ujian.. Satu lagi, Allah nak kita merintih padaNya.. Kalau tak pada Dia, siapa lagi kan?

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. (Surah Al-Fatihah:5) 

Apa yang kita kena buat, yakin dan positif dengan Allah. 
Secara kasar atau kesatnya, kalau tak nak ujian, tak payah hidup.. Tapi, adakah macam tu yang kita nak?





By the way, apa-apa yang kita lakukan di jalan Allah, semoga mendapat mardhatillah.. Di jalan Allah memang penuh liku dan onak duri.. Masakan kita mahu merasakan kemanisan jika tidak melalui kepahitan.. Keep move forward kayh!

^_^


No comments:

Post a Comment