Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Tuesday, 24 January 2012

Berkawan dengan non-muslim

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


ada seorang kawan, namanya ah chong
dia juga berkawan, namanya muthu 
kami berkawan baik sama sedarjah
belajar bersama, main bersama
hey hey hey....2X
tiga sekawan




lalalala... pernah dengar tak lagu ni?
lagu ni lagu masa sekolah rendah dulu.. time music class~


sejak kita kanak-kanak lagi dah di pupuk supaya berkawan  dengan non-muslim kan.


tak salah nak berkawan dengan mereka. tapi jagalah adab kita apabila bersama mereka.
tonjolkan, sematkan dan kekalkanlah ciri-ciri keislaman di dalam diri agar orang Islam dapat dibezakan dengan orang yang beragama lain. 
sebab tu la aurat perempuan muslim dengan perempuan non-muslim seperti aurat dengan lelaki ajnabi. kalau tak memang kita sendiri pun tak dapat beza mana orang muslim.


sekarang ni saya bagi satu situasi. cuba bayangkan dua wanita berjalan. dua-dua free hair tapi seorang Islam seorang lagi Non muslim. kita sendiri tak dapat bezakan yang perempuan Muslim tu Islam kan?? *ok la. melainkan yang memang kenal perempuan muslim tu.. ok fine.


“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.”
(Hadits Riwayat Abu Dawud)

berkawanlah dengan mereka.. tunjukkanlah sifat mulia yang ada pada Islam. semoga suatu hari nanti mereka diberi hidayah Allah dengan kemuliaan Islam. InsyaAllah.

wallahualam.

oksyukrantata.

uhibbukfillah
wa maassalamah :-D

nota kaki: saya ada idea tapi tak tahu macam mana nak menonjolkannya melalui kata-kata bait yang indah. rasanya macam tak lengkap je kan entri ni. anyway, kalau ada pape, just komen.. nak tanya or nak betulkan kesilapan saya. saya budak baru belajar.

No comments:

Post a Comment