Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Saturday, 21 January 2012

Syukurlah!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Yok pakat sama-sama mengira nikmat-nikmat Allah..

1.. 2.. 3.. 4.. 5.. 6.. 7.. 8.. 9.. 10.. 11.. 12.. 13.. 14.. 15.. 16.. 17.. 18.. 19.. 20.. 21.. 22.. 23.. 24.. 25.. 26.. 27.. 28.. 29.. 30.. 31.. 32.. 33.. 
ahahahahahah~ semput..
*still counting. tak terkira la cik kiah, cik bedah, cik peah, cik timah oiii~

.....sekiranya kalian menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..... (Ibrahim:34)

Subhanallah! betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita. kenapa
 tidak dapat menghitungnya? kerana terlalu banyak nikmat yang dikurniakan.
Dari yang boleh dilihat dari mata kasar sampailah yang tak terlihat di mata kasar manusia.

tak percaya? cuba kira oksigen yang anda hirup dari kecil hingga sekarang.. boleh kira?
itu baru oksigen cik timah, cik peah oiii~
ni haa.. mata, kaki, tangan?
haaaa~ lagi.. segala proses yang berada di dalam badan. si jantung mengepam si darah. sungguh complex nya ciptaan Allah. subhanallah!

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kebesaran Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariat:21)

tu baru sikit yang diperkatakan. terlampau sikit! namun apakah balasan kita kepada Allah? adakah sebanyak nikmat yang dikurniakannya?

Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya..... (An-Nahl:83)

Astaghfirullahalazim.. Sesungguhnya aku insan yang kerdil.

penat berceloteh. 

oksyukrantata.

maassalamah.

uhibbukfillah ;)

nota kaki : mari sentiasa panjatkan kesyukuran kepada Allah.


No comments:

Post a Comment