Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Tuesday 9 April 2013

Intai-intai Hati

 

Assalamualaikum hati-hati semua.

Apa khabar hati-hati semua?
Cukupkah makanan hati yang kita beri?

Eh, kenapa macam penting je hati ni?

Hati adalah Qalb. Itulah hati dari sudut ruhhiy. Sesuatu yang terzahir. Sesuatu yang Allah beri berfungsi sebagai penapis iman.

Hati memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ia juga akan memeberi kesan kepada jasad kita sekaligus mempengaruhi segala aspek kehidupan kita. Ye dak?



daripada 'Abdullah bin An'Nu'man bin Basyir radhiyallahu 'anhuma, katanya:

Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"...Dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat seketul daging,

jika ia baik, maka baiklah keseluruhan jasad dan sekiranya ia rosak maka rosaklah keseluruhan jasad,

sesungguhnya ia adalah hati."

|HR Bukhari dan Muslim|


Jadi adakah kita telah menggunakan hati kita dengan sebaiknya?
Adakah kita sekadar menggunakan hati untuk melayan movie2? Lepas tu rasa sedih di hati(Feeling lebih la pulak kan). Itulah maknanya kita telah menggunakan hati sebaiknya ketika melayan movie. Tahniah! anda telah berjaya menggunakan hati anda! eheh~
Tapi apakah sama yang kita rasa semasa membaca Al-Quran? *dush!
Allahurabbi.. T_T
Bukan setakat berazam sehari wajib membaca satu muka surat beserta maksudnya. Faham maknanya tak? *dush lagi! kedebuk! tersungkur.
Cuba tenung dalam2 ayat2 Allah. Feel it until it touch your heart. Dah sampai hati tu, barulah feel kan. Ingat boleh feel bercinta je ke? Tu guna hati jugak tu.
Pembaca Al-Quran baik bukan setakat membaca dengan hukum tajwid yang baik. Malah membaca maknanya sekaligus memahaminya. Barulah superb!


Sebelum itu,suka untuk saya memetik kata-kata Yahya Bin Muadz r.a katanya :


"Seandainya hati dapat mengetahui adanya cinta ini kepada khaliqnya,maka terlepaslah semua sendi-sendinya kerana tergila-gila kepadaNya dan nescaya akan terbanglah roh ini dari badannya kerana terkejut ingin menghadap kepadaNya"
 

Adakah kita mahukan hati yang macam ni?







Semoga Allah pegang hati-hati kita. Semoga hati kita dipelihara. Marilah sama-sama mengamalkan 5 perkara ini untuk menjaga hati.
1) Bacalah Al-Quran dengan menghayati kandungannya
2) Mengosongkan perut daripada kenyang atau berpuasa
3) Bangun beribadah pada waktu malam
4) Menghampirkan (beribadah) kepada Allah sepertiga malam
5) Sentiasa bersama dalam majlis orang-orang soleh


No comments:

Post a Comment