Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

New semester, new challanges

Assalamualaikum yalls..

Hi new semester! Nice to meet you.. And please be nice to me..

Naik semester baru ni, aku tak rasa pape. Rasa excited pun tak, rasa malas pun tak, rasa rajin pun tak.. No hard feeling.. Rasa sayang, sayang heyy kot.. *nyenyanyi

Naik2 semester je dah banyak program yang beratur untuk dijalankan/disertai. phew~
Kuharap ku akan perolehi sesuatu pelajaran serta dikurniakan Al-Ikhlas untuk menempuhi segalanya.

Semester ni, UPM melaksanakan GO GREEN CAMPUS. recycle, use bicycle, no plastic and polistrene. nak makan digalakkan sangat bawak tupperware sekali. Itupun kalau nak bungkus lah..Nak dijadikan cerita, semester ni saya tak bawak motosikal. Jadi, ramai tanya, "Mana motor?". Alang2 tengah Go Green Campus ni, konon2 lah sokong kempen ni. Padahal motosikal tu adik yang guna. Still alhamdulillah. still own a foot to step. Then, boleh lah laksanakan healthy lifestyle. Dengan banyaknya berjalan, maka, berciciran lah lemak di tengah jalan. Eheh~

No matter what, saya perlu teruskan melangkah untuk terus maju.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)

Moga Allah Redha..

nota kaki: ramai cakap saya makin kuruih. ^^ok tak penting kbai





Tuesday, 26 March 2013

Muslimah itu.

Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.
 
 
hasil nukilan sahabat saye.. me is copy paste it.. hehe..

Monday, 17 December 2012

Forever Alone?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?

krik.. krik.. krik..

Alhamdulillah.. di malam yang hening ini, hati CS terdetik untuk mencoret di blog ini. lama rasanya kita tak bertemu. Almaklumlah sibuk belajar kononnya.

Sebenarnya CS mengalami saat-saat sukar semester ni. Saat-saat sukar ini dimana CS kehilangan ahli bulatan gembira tercinta. Kakak usrah sudah bergraduasi. Yang lain tak tahu di mana. Sebenarnya mencari juga keluarga yang baru. Tapi tak jumpa. :( Ku akui, CS terpaksa bertarung sendirian. Tiada yang mengingatkan, tiada senda gurau, tiada makan-makan bersama, tiada tepuk tampar amai-amai, tiada laga-laga pipi.. Semuanya sendiri.. CS bagaikan layang-layang yang terputus benangnya. Bak kata orang FOREVER-ALONE.#eh . Sedih. Pilu. Kelat. Masam. Terkadang terasa loser. My Bad. :(



"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita "(Surah At-Taubah : 40) 



"La tahzan. Innallaha maana". Inilah quote yang sering diuar-uarkan.Memang benarlah. mana mungkin CS bersendirian. Memanglah CS ni Cik Single. single single pun tak available tahu?! Maklumlah CS kan hot. muntah pink.
Sebenarnya CS tidak akan bersendirian. Dia sentiasa ada untuk CS. Tapi, adakah CS sentiasa ada untukNya? Nanges air mata darah. T.T

I miss my ukhti bulatan gembira :''I


Mungkinkah ini ujian daripadaNya.CS redha dengan ketentuan Illahi.
Redha....


nota kaki: I need to start fro now! Every second I fight myself! *berkungfu* haiyak!