Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Showing posts with label isi waktu kosong. Show all posts
Showing posts with label isi waktu kosong. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

New semester, new challanges

Assalamualaikum yalls..

Hi new semester! Nice to meet you.. And please be nice to me..

Naik semester baru ni, aku tak rasa pape. Rasa excited pun tak, rasa malas pun tak, rasa rajin pun tak.. No hard feeling.. Rasa sayang, sayang heyy kot.. *nyenyanyi

Naik2 semester je dah banyak program yang beratur untuk dijalankan/disertai. phew~
Kuharap ku akan perolehi sesuatu pelajaran serta dikurniakan Al-Ikhlas untuk menempuhi segalanya.

Semester ni, UPM melaksanakan GO GREEN CAMPUS. recycle, use bicycle, no plastic and polistrene. nak makan digalakkan sangat bawak tupperware sekali. Itupun kalau nak bungkus lah..Nak dijadikan cerita, semester ni saya tak bawak motosikal. Jadi, ramai tanya, "Mana motor?". Alang2 tengah Go Green Campus ni, konon2 lah sokong kempen ni. Padahal motosikal tu adik yang guna. Still alhamdulillah. still own a foot to step. Then, boleh lah laksanakan healthy lifestyle. Dengan banyaknya berjalan, maka, berciciran lah lemak di tengah jalan. Eheh~

No matter what, saya perlu teruskan melangkah untuk terus maju.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)

Moga Allah Redha..

nota kaki: ramai cakap saya makin kuruih. ^^ok tak penting kbai





Thursday, 12 September 2013

Sepotong Al-fatihah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan Salam 1.0 Malaysia..

Kita mulakan majlis kita dengan surah Al-Fatihah.. *sila baca sekarang..

Done? Ok..

Sebenarnya di UPM baru bermula semester baru. Nak dijadikan cerita, masuk kelas Bahasa Arab 3 memang best la. Tapi.. ada satu benda yang membuatkan diri ini tersentap bertingkek-tingkek bak hang! Boleh tak begitu? hoho..

Mana taknya.. Ustazah Khadijah tegur pasal Surah Al-Fatihah.. Beliau kata.. belajar Bahasa Arab ni bukan setakat belajar bahasa komunikasi dengan manusia.. Tetapi komunikasi dengan Allah.. *deep.cut my heart.and hurt.

Kita punyalah baca, hafal Surah-Al-fatihah.. Tapi, kita tahu tak nak menulis dengan betul? Apa maknanya?

Then, Ustazah suruh kami tulis Surah Al-Fatihah.. and the result is........ disappoint me.. T_T
Punyalah kita hafal surah ni dan baca atleast 17kali sehari dalam solat. Ingat dah bagus dah.. Dah expert dah. Rupa-rupanya bila menulis semula ayat suci Allah Surah pertama yang mengandungi 7 ayat ni memang tak sangka sebenarnya tahap kita kat mana. Ya Rabb ampuni aku.

Ya. Ustazah memang benar-benar menyedarkan diri ini.. Terima kasih Allah kerana mentakdirkan ustazah untuk menyedarkan diri yang banyak alpha.

Mari hayati Surah ini..


 Now, you can test by yourself. Write on a piece of paper without looking the Surah. Then, u check it by yourself. Selamat mencuba.. All the best!

p/s: pesanan dari penaja, lepaas ni nak cari calon pasangan hidup, boleh buat ujian bertulis. suruh depa tulis Surah Al-Fatihah.. dan kita akan tahu tahap mana depa. bukan nak memburukkan mana-mana pihak, tetapi for a better soulmate yang bagus komunikasi dengan Allah. Chill :)


Monday, 25 March 2013

Sembang Petang

Terasa jari jemari ini sangat aktif menari di papan kekunci semenjak dua menjak ini..
Ini adalah salah satu senaman tangan yang boleh diamalkan yee.. Saya juga telah didapati menjadi zombie hampir seminggu.. Dan padahnya hidung ni membekalkan mucus yang banyak sehingga memakan tisu dengan banyak. Oh, mungkin inikali rentetan daripada kepenatan menghadapi minggu2 yang hectic before ni..

Blog ini diwujudkan sekadar suka2.. bukan mahu mencari publisiti murahan mahupun mencipta diari online.. lagipun, saya tak minta sesiapa follow pun.. and sorry if this blog quite annoying.. walaupun begitu ku cuba sedaya mampu menyelit sedikit isi yang berguna.. saya hanya sekadar berkongsi cerita.. yang baik jadikan tauladan.. salah silap tolong tegur dan betulkan.. :)

 
gambar hiasan.
nice to meet you guys!

nota kaki: biarlah aku menjadi sang misteri.. biarlah aku menjadi aku.