Pages

Taiko belog

My photo
I don't want to make one big change, but millions of small changes. A journey of a thousand miles begins with a single step.

Madah Pujangga

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, 24 October 2014

Cerita Musafir #1 (Planning awal)

Bismillah..

Alhamdulillah ala kullii hal..

Tanpa disedari, planning backpacker berjaya juga dilaksanakan. Sebenarnya tak ingat macam mana boleh start timbul idea ni.
Lagipun, aktiviti backpacker ni memang one of my wishlist. Wishlist nak berjalan jauh sebab nak tengok budaya dan kebesaran Allah di tempat lain. Sebab lain adalah, belajar dari pengalaman. Sebelum ni, dengar cerita orang je. So, tak rasa pengalaman itu. So, feel dia lain bila dah rasa pengalaman sendiri.

Cadangan ini wujud pada seminggu sebelum hari kejadian rasanya. Mula-mula tak ambil serius. Sebab mungkin hanya bualan dan anganan kosong. Tapi, disebabkan masing-masing mempunyai keinginan yang tinggi, jadi planning itu terus berjaya terlaksana. Alhamdulillah.

Asalnya, planning berdua je. Namun, kami cuba mencari orang lain lagi untuk memeriahkan lagi pengembaraan kami. Jadi, kami tiga pengembara berjaya mencipta memori di Penang pada 22 Oktober yang lalu. Kami bercadang untuk berjalan sehari sahaja walaupun terdapat rakan-rakan yang lain mencadangkan buat 3hari 2malam. Sebenarnya pengembaraan backpackers kali ini adalah salah satu misi bajet. Jadi, kami rasa sehari pun cukup untuk mencipta precious moment kat sana.

Syukur kehadrat Illahi, Allah juga mempermudahkan urusan kami serta menyelitkan sedikit cabaran bagi mewarnai perjalanan kami.

Sebelum bermulanya kisah pengembaraan kami, kami buat sedikit survey tempat mana yang ingin dilawati. Kami juga survey harga, tempat makan, pengangkutan dan masa perjalanan agar kami dapat memanfaatkan keberadaan kami sepenuhnya sewaktu di sana.

Alhamdulillah. persediaan awal dan sedikit survey ini sedikit sebanyak membantu melancarkan aktiviti perjalanan kami.

Ibrah: Persediaan awal, survey awal.

Gambar hiasan





Tuesday, 9 April 2013

PRU Fever

Assalamualaikum and hi everyone!
 

Although I'm not sweet 21 yet, I waaannnaaa to talk about PRU. BUT I almost achieve 21 years old on this August if my life is longer. insyaAllah. This year not my rezeki to mengundi la. eheh~

Read this! I got this from Hilal Asyraf(Official) facebook page.

Amatlah pelik mereka yang mengangkat hadith larangan memerangi pemerintah walaupun pemerintah itu fasiq, dan menyatakan haramnya menurunkan pemerintah hari ini.

Pertamanya - rakyat tidak mengangkat senjata pun. Mereka yang nak menukar kerajaan pada hari ini menggunakan jalan 'pilihan raya' yang ditawarkan sendiri oleh pemerintah. Jadi?

Keduanya - rakyat bukan nak tukar pemerintah tanpa perancangan.

Wujud orang-orang yang berpengalaman memerintah beberapa negeri dari pembangkang, untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan hari ini, bahkan meningkatkan lagi kualitinya.

Ketiganya - pemerintah hari ini yang ditukar, bukannya dibunuh selepas dijatuhkan.

Mereka akan menjadi pembangkang, menjadi rakyat yang mempunyai hak-haknya, yang tidak boleh dizalimi, bahkan akan mendapat peluang lagi untuk bertanding bagi menjadi pemerintah lagi setiap 5 tahun.

Inilah dia namanya sistem demokrasi. Ini tidak boleh disamakan dengan situasi memerangi pemerintah yang dilarang oleh Rasulullah.

Pilihanraya pula dianjurkan sendiri oleh pemerintah. Pemerintah kita sendiri mengamalkan sistem demokrasi. Maka mengapa nak diharamkan pertukaran kerajaan pula?

Pakatan Rakyat contohnya menjadi pemerintah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Maka jika hendak menggunakan dalil yang sama, adalah haram menjatuhkan mereka juga.

Tetapi kita sendiri lihat Barisan Nasional bersemangat mahu merampas Kelantan dan Selangor. Apakah mereka melakukan tindakan yang haram?

Maka jangan kita salah letak dalil agama. Orang akan nampak Islam itu jumud dan suka pula pada kezaliman. Sedangkan Islam itu fleksibel, terbuka dan menentang keras kezaliman.

Mari sama-sama muhasabah.
 
I strongly agree what Hilal Asyraf wrote. No matter what party I choose. Undi adalah rahsia. :p 

How about your opinions? 
For me, sometimes i like to be nature. Because i am sick of all politikus. The way how them manipulate it and always argue and salahkan each other. And also how they treat us. *just for some situations. Can our Malaysia be a better country if the situation keep continue like this? Ehmm.. lemme think.. 

Maybe you can read this.
By the way, this is our mother land! This is our responsible. Nak tak nak kita kena amek tahu lah jugak. Kalau tak, apa akan jadi pada our mother land?

So, we as Malaysian, we have our right! 
Anyone who are eligible to vote, please think deeply for our lovely nation. Do our responsibility! We have our right! 

This not just about PRU. This not about Pakatan or BN. This is about our nation!
This Concerns Us All 

Semuanya boleh di ubah. Apa-apa pun kita rujuk balik pada Allah. Biar siapa pun akan menjadi pemerintah negara kita(harap yang benar-benar layak). Jangan lupakan pemerintah alam semesta yang abadi. Dia Maha segala-galanya.

Selamat mengundi.(^_^)Y
Please proud to be Malaysian.